Amira kaku di situ tanpa berbuat apa-apa. Sara terpana. Apakah Amira tidak merinduinya selama 5 tahun itu? Sara terus berlari ke arah Amira. Lalu dia memeluk Amira."Amira, jangan tinggalkan saya. Saya rindu awak".
Macam cerita hindustan lar pulak. Tapi kali ini tanpa muzik, penari latar dan kamera. Aksi spontan dari Maisara membuatkannya terkejut. Tapi Amira membiarkan dia diperlakukan sebegitu. Mereka kawan baik. Bukannya 'anak lebai' aka 'les....'. Tahu-tahulah maksudnya. Air mata hangat jatuh bercucuran pada bahu Amira.
Sara melepaskan perlahan-lahan tangannya yang memeluk Amira. Sara menatap mata Amira dalam-dalam. Amira bagaikan patung cendana hendaknya yang tidak bergerak seinci pun. "Awak merajuk dengan saya?"
"Mana ko pergi waktu aku perlukan sokongan dan dorongan. Ketika aku bangun dari tidur yang 'lena'? ".
"Aku hilang ingatan waktu tu. Aku tak ingat langsung apatah lagi orang yang saya kenal. Ibuku asyik jer rawat aku sana-sini. Sampailah hari itu, aku ternampak sekeping gambar dalam buku Luqman. Gambar kita bertiga kat gunung itu. Aku ingat satu-persatu. Terutamanya tentang awak. Nasib baik Luqman yang cari ko sampai satu tahun barulah jumpa."
"Sara, aku dah maafkan ko. Luqman, macammana ko tau aku kat kolej?". Amira memandang Luqman. Siapa yang beritahu mereka?
"Kawan".
"Ooh.."
"Ko tak masuk kelas ker?". Sara menanya.
Amira menggeleng. Takde hati dia nak masuk kelas. Fatasya tu melampau betul. Shamil yang mulakan dahulu. Fatasya tu mana ada hubungan pun dengan Shamil. Kalau yer pun HANYALAH KAWAN! Amira bermonolog. " Tak per je lah. Malas. Aik! Sejak bila Sara jadi nerd?"
"Sejak dia bertunang dengan aku." . Luqman selamba sahaja mengatakan begitu.
Maisara mengerutkan kening. Kan dia dah janji nak simpankan rahsia. Amira memandang Luqman, " Wah. Tahniah lar. Bila aku nak dapat anak angkat daripada korang?".
"Eda". Maisara menampar lengan Amira Waheeda. Amira dan Luqman hanya ketawa.
"Aku rasa macam kenal jer mamat tu". Luqman menunjukkan pada seseorang. Amira dan Sara cepat berpaling. 'Mamat' mana lak? Luqman melambai pada orang itu. Orang itu tinggi lampai berkulit cerah yang berdarah Pan Asian " Faiz!"
Faiz yang merasakan dirinya dipanggil lalu memandang belakang. Lar, Luqman rupanya. Faiz bergerak ke arah Luqman. "Wei, lama tak jumpa ko"
"Besa lah. Hum ni aku perkenalkan ni Eda. Dan ini lak tunang aku, Sara". Luqman menunjukkan tangannya ke arah Amira dan Sara. " Hmm, korang, inilah....."
Belum sempat Luqman menghabiskan kata-katanya, terus Amira menjawab ," Faiz Faizi. Yang pelakon, penyanyi dan penari terkenal. Saya minat awak. Awak jadi pelakon sejak umur 15 tahun kan. Terer lar awak. Boleh saya minta autograf awak.".
Luqman cuba mengusik Amira, " Ciss. Faiz ni puji lebih-lebih lak. Bila aku, satu mukasurat pun tak penuh".
"Lar, merajuk lar tuh".
"Sapa nak merajuk kalau ada Sara".
Muka Maisara merah padam. Malu dan gembira dengan pujian Luqman.
"Ko buat apa kat sini?".
" Saja. Jalan-jalan. Nanti saya autograf untuk Eda". Faiz berasa sikit kekok menyebut nama 'Eda'. Kerana dia sudah biasa memanggilnya perkataan lain. Tapi dia harus mengucapkannya untuk menjaga rahsia besar bagi dirinya.
"Alamak".Amira meraba-raba di belakangnya. Begnya tertinggal di dalam kereta Luqman! Kalaulah dia bawa beg itu tadi.
"Ha, tertinggal beg lar tu".
"Luqman, minta kunci kereta ko.". Amira meminta pada Luqman. Luqman 'membesarkan' matanya.Hah. Luqman tidak bagi. Amira memikirkan sesuatu. Hah. "Tangkap gambar je lah"
Amira 'berposing' bersama Faiz. Manakala Luqman adalah 'jurukamera'. 5 gambar ditangkapnya. Tiba-tiba, 'ting', 'tong'. Bunyi loceng menandakan mesej masuk. Luqman menyerahkan telefon itu kepada Amira. Amira membacanya. Mesej daripada Shamil. Dia harus berjumpa dengannya. Itulah permintaan Shamil.
"Boleh tak, saya minta nombor henpon, email Faiz. Saya tak ganggu nyer lah". Amira menyuarakan permintaannya.Telefonnya dihulur kepada Faiz.
"Hek eleh. Jangan Faiz. Bukannya bleh caya budak tu. Ganggu namanya kalau awak hantar mesej kat dia". Sara yang berdiam diri mula berbicara. Amira memusing dan mengerutkan keningnya. Menandakan, 'kenapa cakap macam tu?'.
"Ok.". Faiz mengambil telefon bimbit itu. Dia menekan sesuatu lalu menyerahkannya kembali. "Kalau nak ganggu pun boleh, jangan berlebih-lebihan tau. Tapi jangan bagi nombor dan email ni kat sapa-sapa tau."
Jari manis bertemu ibu jari yang membentuk bulatan. Itulah maksudnya ok. Luqman menggeleng. Haih. Nasib baik tak macam dulu, bila jumpa kawannya yang merupakan idola di sekolahnya dahulu , Amira pengsan bila kawannya menguntumkan sebuah senyuman. Amira oh Amira. Pelbagai karenah.
"Aku cau dulu yer. Ada hal sikit.". Amira memusingkan badannya untuk pergi tapi kata-kata Sara kedengaran di telinganya.
"Eda, malam ni kita jumpa kat sini.". Sara memberi cadangan.
"Ok. Bye. Assalamualaikum". Lalu kelibat Amira hilang dari pandangan mereka. Jawapan salam dijawab di dalam hati.
"Aduh, habis!". Luqman menepuk dahinya. Faiz dan Sara memandang Luqman.
"Beg Eda tertinggal kat keta aku. Asyik jer jadi sesuatu kalau angau sangat. Ko nyer pasal lar tu, Iz. Dia ada kuliah sejam lagi".
"Alar. Sekali sekala" .Faiz, Luqman dan Sara ketawa selepas mendengar kata-kata dari Faiz.
*****
Mata Amira melilau mencari kelibat Shamil. Berani dia mengekori aku! Nahas ko. Tadi dia menerima mesej daripada Shamil ketika dia sedang berkenalan dengan Faiz Faizi. Kacau daun jer Shamil.
"Datang kat pokok ceri sekarang kat Taman Tasik Titiwangsa! Saya tahu awak ada bersama seseorang.
Huh! Kalaulah dia dapat berbual lebih lama dengan Faiz, Sara dan Luqman. Sudah lama dia tidak berjumpa dengan Luqman dan Sara. Dan sudah lama dia ingin bertemu secara 'live' dengan Faiz Faizi. Dush! Amira terlanggar seseorang. Rasanya perempuan. Dia mendongakkan muka. Alamak! Orang itu datang bertemu aku. Darah menyirap ke muka. Seluruh badan menggeletar. Kerana perempuan itulah yang merosakkan segalanya. Tersilap sebahagian dari segalanya. Andai dia tidak ada, pasti aku akan bahagia. Dia hanya menyalahkan aku walhal ia sebenarnya TIDAK!
"Kita bertemu lagi". Manis suaranya menyapa Amira. Tetapi pahit hatinya kerana menyakitiku. Amira bermonolog sendirian. Sapa-sapa tolong! Adakah dia akan membuat sesuatu padaku? Hanya takdir yang menentukannya.
No comments:
Post a Comment