Sisipan dari aku.

Aku ingin berbicara tanpa bersuara,

Berkata tanpa bersemuka,

Meluahkan rasa dan idea pada orang yang sudi,

Mendengar cerita dari aku yang suka berimaginasi.

Menitip butir bicara di alam maya,

Berkarya mencurahkan idea,

Di sini aku berkarya,

Sudilah mendengar coretan adinda.

Coretan dan coretan,

Membawa diri ke alam kenyataan,

Di mana,

Alam realiti dan khayalan sangat berbeza.

Umpama langit dan bumi.

Bagaikan kucing bertanduk.

Begitulah,perbezaan dua alam,

Antara impian dan realiti!



From: Iqah Irah
Original.

Novel Kalimah Cinta

Novel Kalimah Cinta
Aliza Fariha bekerja sebagai pembantu peribadi Haizal. Mulalah bibit percintaan mereka. Namun, ketika pernikahan mereka, Aliza hilang secara tiba-tiba. Setelah empat tahun mencari Aliza, Haizal menjumpainya. Tetapi orang tersebut mengaku dia bukan Aliza Fariha tetapi Aliya Farisya. Aliya dan Haizal mula berkawan sejak kejadian itu. Pada hari pernikahan Aliya dan Haizal, Aliza muncul. Membawa pelbagai persoalan. Apakah yang berlaku seterusnya? Apakah Haizal memilih Aliza Fariha ataupun Aliya Farisya.Apakah punca Aliza menghilangkan diri?Adakah Haizal menerimanya? Saksikanlah Kalimah Cinta.

NOVEL MENCARI ERTI CINTA SEJATI

Sinopsis , (1) , (2) , (3) ,(4) ,(5)

NOVEL KALIMAH CINTA

(1) , (2) , (3) , (4) , (5)

















Tuesday, June 22, 2010

Mencari Erti Cinta Sejati(Bab 1)

Amira Waheeda bergerak menuju ke kelas. Dia ingin menjumpai Shamil Shazwan. Yang dianggapnya teman tapi mesra. Lebih tepat lagi, 'kekasih hati'. Shamil Shazwan telah memberinya tiga kuntum bunga ros. Yang bermaksud 'I Love You'. Betulkah atau hanya Amira yang perasan. Amira fanatik novel cinta, tidak akan dia tahu. Amira ingin mengucapkan terima kasih kepada Shamil sebelum kelas bermula. Fanatik novel tidak semestinya tahu apa yang tersirat. Mungkin sedikit tetapi bukan semuanya.Ini alam realiti. Bukannya kisah ciptaan penulis yang memaparkan keadaan yang jauh panggang dari api.

Betullah kata orang. Kata-kata lebih tajam daripada pedang. Hatinya sakit mendengar perbualan Shamil Shazwan dengan rakannya. Shamil Shazwan nama yang popular di kalangan pelajar di kolej ini. Dia merupakan model sambilan pada waktu cuti. Sering sahaja apabila Shamil memproduk sesuatu menerusi iklan, pasti ramai yang akan membelinya. Tidak terkira dengan jari. Mukanya yang kacak yang tidak mempunyai sebarang cacat cela pada wajahnya pasti wanita akan cair melihatnya.

"Do you know, I win this game. Eda jatuh hati pada saya. She's too annoying. Perasan jer melebih. Ingat I suke dia.". Shamil mengutuk Eda yang nama penuhnya Amira Waheeda.

"You're very good. Kalah aku. Aku baru jer break-up dengan 1o girls. You. Tak payah kira. Expert. So, when you want to dump her?". Tanya Shahril dengan teruja.

"Tomorrow. Depan rakan-rakan dia. Biar dia malu sikit. Baru dia tahu langit itu rendah ker tinggi". Shamil merancang untuk memalukan Waheeda di hadapan khalayak.

Waheeda mendengar di balik pintu. Sebelum Shamil melakukan sesuatu, lebih baik, dia memberikan amaran. Dia masuk ke dalam kelas Shamil. Shamil bepura-pura gembira melihat dia datang. Timbul rasa meluat apabila Shamil menyapanya," Hai, Honey".

Paaapppp

Satu tamparan betul-betul melekap pada muka Shamil. Di pipi Shamil kelihatan bekas tapak tangan Waheeda. Shamil terkejut. Apakah Waheeda terdengar perbualan dia dengan Shahril tadi? Waheeda memandang muka Shamil." I think you are serious with me. But, I'm wrong.
Kasanova. Sudah berapa permainan hati yang sudah awak permainkan? Seperti jumlah bintang di langit?"

"You baru tahu ker. Ops silap, you tu ketinggalan zamaaann..Fesyen pun lapuk. Apatah lagi berita. Kasanova. I'm proud to hear that. Bermaksud I ni kacak. Tak macam you, kalah katak longkang. Kurus daripada ikan bilis."

Shamil dengan selamba mengatanya terang-terangan. Waheeda mencapai botol air yang berada di atas meja. Lalu dia menuangkannya ke atas kepala Shamil. Shamil kaget. Sepanjang hidupnya tidak pernah ada seorang menjentiknya apatah lagi membuatnya begitu.

Waheeda terus berlalu pergi sambil menyindirnya." Muka hensem, bau masam, rambut kusut ,hati busuk.".

*****

Kata-kata Shamil dan Shahril masih tergiang-giang di telingaku sejak petang tadi. Shuh!Pergilah ko dari kepala aku ni. Buat menyemak jer dalam otak aku. Tapi, kalau sume orang benci aku macammana? Gara-gara aku tampar Shamil yang jadi IDOLA sume orang di kampus. Semua perempuan suka dia. Sebab dia kaya, kacak, pandai da lain-lain lagi. Awat tah, aku ni lalai sangat sampai tak ingat dia tu kaki perempuan. Kalau takde Shahril tu, dah lama aku tumbuk dia. Biar rasa sikit. Tapi, aku mana ada ilmu pertahankan diri. Tah-tah kena tumbuk ngan dia, satu problem pulak. Amira Waheeda brmonolog sendirian.

Pada masa yang sama, Hafizi memandang sekeliling mencari Amira. Mana tah orang ni? Tadi beria-ria terima ajakan aku gi tengok wayang pukul 5 tadi. Sekarang dah 10 malam. Nasib baik, aku hanya tunggu kat panggung wayang tu 2 jam. Kalau aku tunggu tadi, mesti lambat. Ni mesti ada problem budak tu.

"Mira, awak kat mana?"

Amira tersentak. Suara Fizi. Hah, alamak! Dah lar aku janji dengan si Hafizi tengok wayang pukul 5 tadi. Sekarang dah terlewat. Tak apa je lah. Baik aku sorok. Fizi ni ada apa-apa ker?Sampai tahu tempat persembunyian aku. Tak per. Yang penting. Sorok! Sorok! Sorok! Amira berusaha melindungi diri daripada dilihat oleh Hafizi.

Hafizi terpandang pada satu cahaya. Pasti cahaya daripada lampu suluh milik Amira. Sebab mana ada orang yang akan tinggalkan lampu suluh yang masih bercahaya di atas pokok. Amira oh Amira. Kenapa engkau tak fikir. Ko tu pakai baju hitam, seluar hitam dalam gelap. Mana ada orang nampak. Yang ko bengap tak tutup lampu suluh tu napa? Nak sembunyi dari aku tapi bagi klu untuk jumpa engko. Amira oh Amira.


"Mira. Ko kat atas tu ker? Ko gune tangga mana?", Hafizi dengan selambanya menanya Amira Waheeda dengan soalan lurus bendulnya.Sudah jelas tiada tangga di pokok rambutan ini. Amira seboleh-bolehnya ingin mengelak daripada Hafizi, tetapi, ke mana dia pergi dan bersembunyi, pasti Hafizi menjumpainya. Dalam kalangan rakan-rakannya, hanya Hafizi seorang yang memangilnya 'Mira'.

Amira hanya duduk di atas dahan jikalau dia bersedih. Dia harus menggembirakan Amira. Hafizi berusaha memanjat pokok tersebut. Namun dia tidak dapat naik ke atas . Setelah berusaha beberapa kali, akhirnya Hafizi berjaya memanjat pokok tersebut. Dia duduk di dahan yang sama tempat Amira.

"Pi blah lar ko. Jangan kacau aku!", Amira dengan kasarnya menghalau Hafizi pergi. Dia tidak suka dengan kehadiran lelaki itu.

"Apa yang terjadi sebenarnya?Sebab Shamil ker?", Hafizi serkap jarang. Amira mula menitikkan air matanya. Kemudian tangisannya makin kuat. Hafizi meletakkan jari telunjuk di mulutnya bermakna diam. Tangisan Amira bertambah kuat lagi.

"Nangislah sekuat mana yang awak mahu. Saya boleh pinjamkan bahu saya". Hafizi mengusik Amira. Amira menolak Hafizi ke tepi. Malangnya badannya ke arah kanan. Hafizi sempat berpaut dengan sebelah tangan sebelum terjatuh.

"Mira, tolong saya. Saya nak terjatuh dari pokok". Hafizi meminta bantuan Amira. Namun Hafizi silap. Amira mungkin tidak akan menolongnya kerana Mira tidak pernah menyukainya. Amira hanya berbaik dengan orang lain jika moodnya baik. Nampaknya, mood Amira tidak baik. Adakah dia akan terjatuh ke bawah.

"Sapa suruh awak panjat pokok. Berani naik, beranilah jatuh sikit."

"Mira, tinggi nih."

Amira mencapaikan tangan Hafizi. Namun, dia hanya mengacah menolongnya sahaja. Amira ingin melepaskan genggaman tangan Hafizi tetapi Hafizi menggenggam tangannya terlalu kuat. "Ha. Ingat bleh lepas ka?Cepat naikkan saya ke atas".

Amira mengangkat Hafizi naik ke atas. Tiba-tiba, tangan yang berpaut dahan semakin longgar dan tidak dapat lagi berpaut selepas hampir 15 minit berpaut. Lenguh benar tangan Hafizi. Amira berusaha mengangkat Hafizi ke atas dahan tersebut. Dia melihat Hafizi melepaskan pautannya pada dahan pokok. Bebanan mengangkat Hafizi bertambah berat. Kudrat seorang wanita lebih lemah daripada lelaki. Dan,,,

Kedebupppp...

Hafizi dan Amira terjatuh dari pokok tersebut. Amira terjatuh menghempap badan Hafizi. Nasib baik, badan Amira kurus langsing kalau tak Hafizi boleh jadi ikan bilis dibuatnya. Mata Amira dan mata Hafizi bertentangan. Mata mereka berpautan. Muka mereka sangat dekat. Terlalu dekat. Kenapakah hati Hafizi berdengup semacam. Macam lepas berlari 1000 meter. Dup.Dap. Dup. Dap.

"Kamu buat apa tu?".

Sergahan suara garau menyergahkan mereka. Orang tersebut menyuluhkan lampu suluhnya terhadap mereka. Astaghfirullah hal Azim. Apa yang mereka sedang lakukan? Amira dan Hafizi kaget. Amira cepat-cepat bangun dari badan Hafizi. Habislah mereka nanti. Pasti ada yang fikir bukan-bukan. Kerana Amira dan Hafizi berada di kebun itu pada waktu malam bukannya pada waktu siang. Kalau siang, pasti tiada yang difikir bukan-bukan.Pelita di atas pokok yang tertinggal oleh Amira menampakkan muka orang tersebut dalam keadaan samar-samar.

Bersambung...

No comments:

Post a Comment