Sisipan dari aku.

Aku ingin berbicara tanpa bersuara,

Berkata tanpa bersemuka,

Meluahkan rasa dan idea pada orang yang sudi,

Mendengar cerita dari aku yang suka berimaginasi.

Menitip butir bicara di alam maya,

Berkarya mencurahkan idea,

Di sini aku berkarya,

Sudilah mendengar coretan adinda.

Coretan dan coretan,

Membawa diri ke alam kenyataan,

Di mana,

Alam realiti dan khayalan sangat berbeza.

Umpama langit dan bumi.

Bagaikan kucing bertanduk.

Begitulah,perbezaan dua alam,

Antara impian dan realiti!



From: Iqah Irah
Original.

Novel Kalimah Cinta

Novel Kalimah Cinta
Aliza Fariha bekerja sebagai pembantu peribadi Haizal. Mulalah bibit percintaan mereka. Namun, ketika pernikahan mereka, Aliza hilang secara tiba-tiba. Setelah empat tahun mencari Aliza, Haizal menjumpainya. Tetapi orang tersebut mengaku dia bukan Aliza Fariha tetapi Aliya Farisya. Aliya dan Haizal mula berkawan sejak kejadian itu. Pada hari pernikahan Aliya dan Haizal, Aliza muncul. Membawa pelbagai persoalan. Apakah yang berlaku seterusnya? Apakah Haizal memilih Aliza Fariha ataupun Aliya Farisya.Apakah punca Aliza menghilangkan diri?Adakah Haizal menerimanya? Saksikanlah Kalimah Cinta.

NOVEL MENCARI ERTI CINTA SEJATI

Sinopsis , (1) , (2) , (3) ,(4) ,(5)

NOVEL KALIMAH CINTA

(1) , (2) , (3) , (4) , (5)

















Sunday, June 27, 2010

Mencari Erti Cinta Sejati(Bab 3)

Setelah 5 tahun dia hilang, kini dia muncul kembali. Aku ingin membuangnya semua kenangan jauh dari hidupku. Amira mengeluh dalam hati sendirian. Lelaki itulah punca pergaduhannya dengan Maisara, kawan baiknya. Kenapa engkau hadir dalam hidupku. Aku sudah tenang di sini. Mungkin tidak setenang ketenangan di awal pagi di pantai yang cantik. Ombak menerpa pantai. Sungguh cantik. Ketenanganku seperti pelangi yang muncul selepas hujan. Hujan itu adalah kamu dan pelangi itu aku. Kita tidak mungkin bersama. Kerana pelangi akan muncul selepas hujan. Hubungan kita seperti bulan dan matahari. Kita tidak akan bersama kecuali berjumpa hanya seketika iaitu pada gerhana matahari. Kenangan Amira mengimbau beberapa tahun lalu. Luqman, Amira dan Maisara adalah kawan rapat. Tetapi hubungan itu renggang sejak kejadian itu.

******

"Luqman, Maisara lemas". Lufti segera menyampaikan berita itu. Jahilnya dia waktu itu tidak pandai berenang. Luqman terus ke tempat kejadian. Dia harus menyelamatkan Maisara kerana Maisara adalah kawan baiknya.

Tangan Sara terkapai-kapai di atas air. Badannya tenggelam timbul. Sayangnya dia tidak mendengar nasihat Lufti agar jangan bermain di sungai itu. Baru dia faham mengapa. Sungai itu terlalu dalam baginya yang tidak mahir berenang.

Amira yang baru pulang mencari kayu api melihat Sara terkapai-kapai di dalam air. Tanpa dia membuang masa, dia mencampakkan kayu api lalu dia terus terjun ke dalam sungai itu. Dia berenang ke arah Sara. Dia tidak mempedulikan nyawanya ketika itu. Namun, dia lupa bahawa dia menghidapi penyakit 'shoulder impingement syndrome'. Dr Azmi pernah berkata, sindrom bahu lenguh menyebabkan bahu tidak stabil. Kestabilan bahu banyak bergantung pada rotator cuff. Selain itu, sindrom bahu lenguh juga boleh menjadi punca tendon rotator cuff terkoyak dan mudah tercedera. Ibubapa Amira melarangnya berenang kerana takut pergerakan tangannya semasa berenang akan menyebabkan rotator cuff cedera.

"Sara, jeram!". Amira pantas berenang ke arah Sara. Tiba-tiba, kepalanya terhantuk pada batu. Dia pening lalat. Apa yang dia nampak adalah Sara sedang menghadapi masalah besar. Sara semakin menghampiri air terjun 2 meter jaraknya. Amira pengsan. Namun, apa yang dia dengar adalah suara Luqman di belakang mereka.

"Ya, Allah. Kepala Eda cedera!". Luqman berenang dengan lebih pantas untuk menyelamatkan mereka. Air terjun 4 meter jauhnya daripada Luqman. Luqman buntu. Dia harus selamatkan Amira ataupun Sara. Kepala Amira cedera. Darah keluar daripada kepala Amira bercampur dengan air sungai itu. Air sungai di sekeliling kepala Amira bewarna kemerah-merahan. Sahlah Amira cedera. Sara pula ok. Namun, dia semakin menghampiri air terjun. Dia hanya boleh menyelamatkan seorang daripada Amira ataupun Sara. Jika dia tidak selamatkan mereka berdua, dua nyawa mungkin akan melayang. Setelah berfikir dalam masa yang singkat, dia memilih seseorang yang harus dia selamatkan. Orang itu begitu penting baginya. Dan orang itu adalah ...........

****

Hah, kat mana aku ni? Amira memandang sekeliling. Lantai syiling bilik aku bewarna kuning bukannya putih. Amira mengingati peristiwa lalu. Hah, dia di hospital. Maisara bagaimana? Dia ok ker? Segala persoalan berlegar-legar dalam otak Amira. Kepala Amira berbalut.

Puan Misnah muncul. Puan Misnah merupakan emak kepada anak tunggalnya, Maisara. Puan Maisara berdiri di tepi katil Amira. Kelihatan mukanya marah.

"Sara mana? Dia ok ker?". Amira bertanya kepada Puan Misnah.

" OK? Sebab awaklah, anak saya jadi begini." Puan Misnah menjerit kepada Amira.

"Maksud makcik?". Amira tidak mengerti kata-kata emak Sara.

"Dia hilang ingatan. Puas engkau! Mulai hari ini, jangan jumpa Sara lagi. Kecuali jika Sara yang ingin menjumpai engkau!". Puan Misnah terus keluar dari wad Amira.

Amira tersedu. Hilang ingatan! Kenapa Sara begitu. Siapakah yang Luqman selamatkan sebenarnya. Emaknya pula masuk ke dalam biliknya. Dia duduk di tubir katil.

"Syukurlah Eda dah sedar. Eda koma 4 bulan.".

"Lamanya". Amira terkejut dengan angka itu.

"Kepala Eda terhantuk pada bucu batu tajam".

"Emak. Apa yang terjadi sebenarnya sebelum, semasa dan selepas kejadian itu". Emak Amira hanya membisu. Amira tidak senang hati. "Emak, ceritalah."

"Kepala Eda terhantuk pada batu itu. Air terjun semakin dekat dengan Eda dan Sara. Luqman selamatkan Eda kerana kepala Eda cedera parah dan pengsan. Luqman sempat membawa Eda ke tebing. Tapi, Sara..."

"Tapi, apa?"

"Sara terjatuh ke bawah hingga ke kaki air terjun.".

Amira membeliakkan mata. Sampai begitu. Kemudian apa?

" Kepala Sara terhetak pada batu di kaki air terjun itu. Sara hilang ingatan. Dia tidak mengecam sapa-sapa termasuk keluarganya. Sara dan keluarganya sudah pindah dari sini beberapa minit yang tadi."

Amira bangun.Dia harus pergi berjumpa dengan Sara. Tetapi emaknya menghalangnya.

" Bahu Eda cedera dan telah dilakukan pembedahan. Emakkan dah suruh Eda jangan berenang lagi. Tengok. Emakkan dah pesan.".

Sejak hari itu, Amira tidak pernah berjumpa dengan Sara dan keluarganya. Luqman pula menghilangkan diri. Dahulu Amira pernah menolak cinta Luqman kerana Sara juga menyukai Luqman. Alasan lainnya adalah dia masih muda. Pada tahun ini, dia akan menduduki PMR. Adakah Luqman kecewa kerana cinta 'monyet' itu ditolak ataupun disebabkan Sara, ataupun sebab lain. Hanya Tuhan yang tahu. Takdir itu di tangan Allah.

****

"Kenapa awak menghilangkan diri setelah kejadian itu?". Amira berpaling ke arah lain. Dia tidak mahu mengingati kejadian itu.

"Ikut aku gi sesuatu tempat.". Luqman memegang pergelangan bajuku lalu bergerak masuk ke dalam perut kereta. Luqman memandu kereta Estima berona hitam itu. Destinasinya adalah di tepi tasik.

Amira dan Luqman keluar dari kereta itu apabila tibanya di destinasi. Amira tertanya-tanya. Kenapa harus dibawa ke sini?

" Ada seseorang hendak jumpa awak". Luqman menudingkan jari kepada seseoang di tepi tasik itu. Perempuan tersebut membelakangkan badannya daripada mereka. " Sara"

Maisara memusingkan badannya menghadap Amira dan Luqman. Amira terpana. Apakah harus dia jumpa dengan Sara. Bukankah emak Sara sudah memberi amaran kepadanya. Mengapa dia baru berjumpa denganku selepas 5 tahun menyepikan diri? Apakah dia tidak tahu perasan seorang sahabat yang kehilangan sahabatnya yang paling rapat. Bagaikan pelukis yang kehilangan tangannya untuk melukis. Ataupun seperti pemain piano yang kehilangan deria pendengarannya. Begitulah perasaan Amira terhadap Maisara.

"Pergilah kepada Sara". Luqman menyuruhku.

Amira teragak-agak untuk pergi mendekati Sara. Sayang + rindu+ sakit menunggu perjumpaan ini+ amaran= ? Oh hati. Apa yang harus aku lakukan.

Tanpa sedar mereka sedang diintip oleh seseorang. Silap. Dua orang. Pertama, Shamil sedang memehartikan mereka terutamanya Amira. Kedua, pengintip upahan Puan Misnah iaitu Kamal.

Kamal menekan punat menelefon Puan Misnah." Puan, Cik Sara bertemu dengan Cik Eda di Tasik Titiwangsa".

"Saya ke sana sekarang". Kedengaran suara Puan Misnah di talian. Kamal menekan punat merah.

Amira oh Amira! Cepatlah ikut hati kamu. Puan Misnah akan muncul. Kamal, mengapa awak menelefon Puan Misnah. Apakah bahaya bakal mengundang? Ataupun cahaya kebahagiaan bakal datang?

bersambung>>



No comments:

Post a Comment