Sisipan dari aku.

Aku ingin berbicara tanpa bersuara,

Berkata tanpa bersemuka,

Meluahkan rasa dan idea pada orang yang sudi,

Mendengar cerita dari aku yang suka berimaginasi.

Menitip butir bicara di alam maya,

Berkarya mencurahkan idea,

Di sini aku berkarya,

Sudilah mendengar coretan adinda.

Coretan dan coretan,

Membawa diri ke alam kenyataan,

Di mana,

Alam realiti dan khayalan sangat berbeza.

Umpama langit dan bumi.

Bagaikan kucing bertanduk.

Begitulah,perbezaan dua alam,

Antara impian dan realiti!



From: Iqah Irah
Original.

Novel Kalimah Cinta

Novel Kalimah Cinta
Aliza Fariha bekerja sebagai pembantu peribadi Haizal. Mulalah bibit percintaan mereka. Namun, ketika pernikahan mereka, Aliza hilang secara tiba-tiba. Setelah empat tahun mencari Aliza, Haizal menjumpainya. Tetapi orang tersebut mengaku dia bukan Aliza Fariha tetapi Aliya Farisya. Aliya dan Haizal mula berkawan sejak kejadian itu. Pada hari pernikahan Aliya dan Haizal, Aliza muncul. Membawa pelbagai persoalan. Apakah yang berlaku seterusnya? Apakah Haizal memilih Aliza Fariha ataupun Aliya Farisya.Apakah punca Aliza menghilangkan diri?Adakah Haizal menerimanya? Saksikanlah Kalimah Cinta.

NOVEL MENCARI ERTI CINTA SEJATI

Sinopsis , (1) , (2) , (3) ,(4) ,(5)

NOVEL KALIMAH CINTA

(1) , (2) , (3) , (4) , (5)

















Tuesday, June 22, 2010

Mencari erti cinta sejati(sinopsis)

Amira Waheeda seorang yang periang dan ceria. Tetapi selepas diputuskan hubunganya bersama Shamil Shazwan menyebabkan kebahagiannya diragut. Shamil baru menyedari sesuatu. Shamil Shazwan mula menyukai Amira dan dia harus berusaha mendapat cinta Amira.  Kedatangan Luqman membawa sinar kepadanya suatu masa dahulu. Tetapi itu hanya sementara. Dan Luqman muncul lagi. Amira harus mengetepikan cintanya dengan Luqman kerana  kawannya suatu masa dahulu. Sejak remaja, dia sangat meminati Faiz Fikri sejak nama beliau gah di bidang seni. Ibubapa Amira telah menetapkan dia akan dikahwini dengan Hafizi jika dia belum berkahwin sebelum berumur 27 tahun . Hafizi seorang yang lurus bendul, kolot dan kecoh. Hubungannya dengan Hafizi dianggap terpaksa.Apakah Amira dapat menerima suatu rahsia yang sangat besar bagi Hafizi?  Siapakah cinta sejati Amira yang menawan hati Amira. Saksikanlah di ' Mencari erti cinta sejati' di blog ini.

No comments:

Post a Comment