
HARI INI ADALAH HARI PERTAMA SEKOLAH SELEPAS CUTI TAMAT. Semua pelajar bersekolah semula. Termasuklah Aliza. Sebahagian orang semakin baik dengan dia. Dan sebahagian lagi memusuhinya termasuklah kumpulan ’The Best’. Faiqah, Saifuddin dan Faiz tetap setia dengannya. Aliza menulis nota mengikut apa yang ditulis di whiteboard oleh guru. Ketukan di pintu menyebabkan semua orang menumpu pada orang yang mengetuknya kecuali Aliza.
”Cikgu Maryati, ini murid baru. Ini kelas kamu nanti”. Guru tingkatan dan Guru Penolong Hal Ehwal Murid berlalu pergi meninggalkan murid baru itu.
”Silakan masuk.”. Cikgu Maryati memberi izin. Murid baru itu melakukan apa yang disuruh. Semua pelajar menumpukan pada murid baru itu.” Perkenalkan diri awak.”
”Saya Khoirul Haizal dari Ipoh. Saya pindah ke sini mengikuti keluarga. Saya harap saya dapat berkenalan dengan anda semua. Kalau ada silap dan salah, tolong ajarkan”. Murid baru itu memperkenalkan diri.
”Murid-murid, perkenalkan diri anda”. Cikgu Maryati memberi arahan.Satu-persatu melakukan seperti yang disuruh. Tiba giliran Aliza, Aliza masih menyalin nota.”Aliza. Perkenalkan diri kamu”.
Aliza tersentak. Dia begitu asyik menyalin nota. Dia berhenti menulis. Dia berdiri dan memperkenalkan dirinya. “Saya Aliza Fariha”.
Aliza duduk di kerusi kembali. Aliza melihat murid baru itu. Dia melopong. Oh My God! Itu..itu…Haizal! Mampus aku. Mukanya pucat lesi. Setelah semua murid mempekenalkan diri, Cikgu Maryati menunjukkan tempat duduk Haizal.
“Kamu duduk di sebelah Aliza. Pelajar yang duduk di sebelah Aliza itu sudah pindah sekolah sebelum cuti.”.
Sarah sudah pindah sekolah. Dia menerima tawaran ke Sekolah Asrama Penuh. Itu dia tahu. Tapi, yang menyakitkan hati, Haizal duduk di sebelahnya! No!! Aliza menjerit yang hanya hatinya dengar.
LOCENG REHAT SUDAH BERBUNYI. Sebahagian pelajar berpusu-pusu ke kantin. Kecuali Aliza. Dia ingin membaca nota dahulu sebelum kuiz biologi bermula. Malas dia hendak pergi ke kantin. Perutnya tidak berkeroncong langsung. Haizal pula sedang berkenalan dengan beberapa orang pelajar. Almaklumlah budak baru. Kumpulan ’The Best’ juga tidak ketinggalan. Haizal adalah seorang berkulit cerah, tinggi lampai, gagah, dan lain-lain lagi. Malas nak berkenalan. Dah kenal pun.
”Ko tak makan ker?”. Haizal bertanya.
”Aku dah makan dah. Makan hati berulam jantung. Sedap woo!”. Aliza menyindir Haizal.
“Sori, aku tak sempat bagitau kau. Jom, aku belanja.”.
”Belanja ker nak balas dendam sebab puding tu?”
”Wei, aku belanja ni. Ko kan dah tolong aku tentang fobia tu”
”Err. Tak per je lah. Aku nak belaja bio. Kang, tak sempat baca, naya kang. And you, Mister Weirdy, jangan tido dalam kelas. Kang kena denda berdiri kat luar kelas.”.
”Yes, I know. Jomlah.”.
Aliza mengemas buku. Dia bersiap-sedia untuk pergi ke kantin bersama Haizal. Tiba-tiba, tetamu tidak diundang datang. Sapa lagi? Kumpulan ’The Best’ lar!
”Haizal, jom kita pergi ke kantin.”, Syahirah terus menarik pergelangan tangan Haizal. Haizal tidak sempat menolak ajakan tersebut.
”Awak tau tak Aliza itu budak sial!”Syahirah menabur fitnah.
”Dia juga penipu!”. Amira pula tejebak juga.
“Berani dia tipu kitaorang. Ayah dia bankrap bulan lepas, nak sembunyikan fakta sebenar. Nasib baik kami dah buang dia dari kumpulan ini, kumpulan ’The Best’. Buat sakit hati jer. Pastu suka taburkan fitnah.”. Syahirah menokok tambah.
”Sori. Saya tak jadi ke kantin. Saya nak ke kelas. Saya taknak berdosa mendengar fitnah. Tata. And, selamat berkenalan!”. Haizal terus ke kelas.Syahirah dan Amira mencebik. Misinya tidak berjaya. Failed.
Aliza memadam tulisan di whiteboard. Pandangannya seakan kabur. Kepalanya sakit. Cahaya menjadi kecil dan semakin kecil hinggalah tiada cahaya masuk ke dalam matanya. Semuanya menjadi kelam. Gelap-gelita. Akhirnya dia jatuh pengsan. Tapi, seakan ada orang menyambutnya, tetapi siapa?
ALIZA MEMBUKA KELOPAK MATA PERLAHAN-LAHAN. Dia melihat syiling. Syiling di biliknya bewarna kuning, bukan putih. Dia memandang sekeliling. Oh, rupanya dia berada di bilik rawatan di hospital.Aliza bangun perlahan-lahan. Dia bangun. Dia melihat seorang doktor berada di hadapannya.
“Err. Saya di mana?”, Aliza bertanya.
“Kamu di hospital. Kamu mengalami tekanan darah rendah. Kamu tidak dibenarkan pulang. Tabahkan hati. Kamu menghidapi penyakit hepatitis C tahap kronik. Kami terpaksa memberi rawatan dengan segera. Tetapi kami harus meminta kebenaran dari ayah dan ibu kamu”.
”Doktor, saya minta tolong. Jangan beritahu keluarga dan rakan saya apa-apa tentang ni. Tolonglah doktor.” Aliza membuat permintaan.
”Tetapi, nyawa kamu dalam...”
Belum sempat doktor itu menghabiskan kata-katanya, Aliza terus menyampuk.” Saya tidak mahu keluarga saya menanggung beban. Tolonglah doktor.”.
Doktor itu memandang Aliza dalam-dalam. Dia menarik nafas,”Insya-Allah. Tapi, kamu harus memberitahu keluarga kamu dengan segera.”
”Terima kasih dok. Saya akan memberitahu keluarga saya.”.
Peristiwa itu tergiang-giang di kotak memorinya. Seakan terkunci di otaknya. Petang tadi, dia dibenarkan pulang. Saifuddin dan Faiqah datang melawat. Nasib baiklah Saifuddin sempat menyambut Aliza sebelum Aliza terjatuh. Aliza menarik nafas dalam-dalam. Adakah patut dia memberitahu keluarganya. Hmm. No! Pasti kerisauan dan bebanan bertambah.Aliza sudah menetapkan keputusan. Muktamad!
CIKGU SALMAH SIBUK MENGAJAR DI WHITEBOARD. Aliza merasa kelainan pada hidungnya. Aliza memegang hidungnya dan melihat cairan itu. Darah! Oh No! Tubuhnya menggeletar. Dia menghidapi penyakit epistaxis atau nama famousnya hidung berdarah. Dia teringat satu punca hidung berdarah. Antaranya, penyakit hati. Hepatitis C adalah sejenis penyakit hati. Aliza menutup hidung dengan tangannya.
“Haizal, ko ada tisu, kain ker atau apa-apa?”. Aliza menulis ayat itu pada secarik kertas. Lalu dia menyerahkan kertas itu kepada Haizal. Haizal mengerutkan dahi apabila membaca kertas itu . Lalu dia menulis sesuatu dan menyerahkan kembali kepada Aliza. “Ada,ko nak pinjam?”. Aliza menyerahkan kembali kertas itu kepada Haizal yang bertulis,” Yalah. Nanti aku bagi dan basuh balik”.
Haizal menyeluk poketnya. Dia mencapai sehelai kain lalu diberikannya kepada Aliza. Aliza terus menutup hidungnya dengan sapu tangan milik Haizal. Aliza meninggikan kepalanya. Dia bernafas seperti biasa. Menggunakan hidung. Setelah 10 minit, darah masih belum berhenti. Aliza teringat akan satu cara mengurangkan epistaxis. Iaitu bernafas menggunakan mulut. Aliza menutupkan bahagian bawah lubang hidung.
Masa berlalu. Sedar tak sedar, sekarang sudah 30 minit hidungnya berdarah. Aliza mengangkat tangan meminta bantuan. Cikgu Salmah mendekati Aliza. Cikgu Salmah mengajar matapelajaran biologi.
“Cikgu, saya ada soalan yang tak berkaitan dengan topik. Tetapi berkaitan dengan bio”. Aliza berdolak-dalik.
”Apa?Cikgu boleh tolong jawab”. Cikgu Salmah menawarkan diri untuk menjawab soalan Aliza.
”Jikalau seseorang menghidapi epistaxis, apakah penyebabnya?Adakah disebabkan penyakit hati atau punca lain? Bagaimanakah hendak mengurangkannya?”
”Bagus soalan itu. Epistaxis adalah penyakit hidung berdarah. Penyakit hati adalah satu faktornya. Terdapat juga punca lain. Cara mengurangkannya..Hmm.. Itu cikgu tak tau.Kenapa Aliza tanya soalan ini?”.
”Err.Saya tanya jer. Sebagai info.”. Aliza terpaksa berselindung dengan jawapan yang diberikan. Nasib baiklah Cikgu Salmah, seorang yang sporting.
Haizal mengangkat tangan. Cikgu Salmah pula menghampiri Haizal. ”Cikgu, bleh saya pergi hospital.”
Semua mata tertumpu pada Haizal terutamanya Cikgu Salmah. Cikgu Salmah mengerutkan dahi.”Apasal? Kamu sakit”.
Haizal menggeleng.”Iza sakit cikgu”
Aliza menggeleng. Semua mata masih menumpu pada mereka. Aliza dan Haizal yang kedudukannya di tengah kelas. Haizal menarik tangan Aliza dari menutupi hidung. Aliza berusaha menepisnya. Semua hairan dengan sikap Haizal. Kudrat lelaki lebih kuat dari perempuan. Akhirnya, tangan Haizal berjaya meleraikan tangan Aliza dari menekup hidung,
Ada yang rasa mual, ada yang selamba, ada yang terkejut terutamanya Faiqah, Saifuddin dan Faiz, dan macam-macam lagi reaksi. Aliza cepat-cepat menekup sapu tangan itu pada hidungnya.
”Ko jangan nak sorokkan. Aku nampak hidung ko berdarah sejak setengah jam yang tadi”. Haizal berkata pada Aliza dengan nada yang lantang.
”Err. Saya main-main jer ni. Tada. Terkejut tak. Hehe”. Aliza menutupkan rasa cemasnya.
“Ko tak bermain Iza. Ko takkan tanya sesuatu yang ko taknak tahu dan tak berkaitan dengan ko. Macam ko tanya aku dulu. I know it! Ko ada penyakit hati kan? ”. Haizal serkap jarang.
”Err. Takda!”. Peluh memercik di dahi Aliza.”Kan saya kata saya main-main jer”
“Main-main? Awak bahayakan nyawa awak! Nyawa tu main-main? Awak boleh pulangkan nyawa. Takkan. Awak ingat awak itu budak kecik ker nak main-main?” Haizal mengulangkan kata-katanya yang dahulu pernah dikatanya dulu.
“Okay. Fine. Aku mengaku! Aku ada penyakit hati kronik! Puas ko, Mister Weird! Hepatitis C taklah kronik sangat!”
”Iza, penyakit tu boleh menyebabkan kematian!”
Semua orang tersentak dengan kata-kata Haizal! Secemas diorang, Aliza bertambah cemas. Dan ketika itulah Aliza pengsan kerana kehilangan darah yang banyak. Namun, Haizal sempat menyambut Aliza sebelum dia terjatuh ke lantai. Faiz cemburu melihat kejadian itu. Pelajar perempuan yang lain terutama ahli kumpulan ‘The Best’ juga cemburu tahap serius melihat pujaan hati mereka membuat demikian.
ENCIK AZMAN MUNDAR-MANDIR DI HADAPAN BILIK PEMBEDAHAN. Haizal, Saifuddin, Faiz, Faiqah, Hanif dan Hani duduk di kerusi menunggu yang ditempatkan di ruang menunggu. Sudah beberapa jam, pembedahan itu masih dijalankan. Aliza menjalani pembedahan hati. Nasib baiklah, ada orang sudi menderma hati untuk Aliza. Penderma itu merahsiakan identiti.
”Macammana ko tau Iza ada penyakit hati?”, Faiz bertanya kepada Haizal.
”Dia takkan tanya sesuatu yang takda berkaitan ngan dia.”
”Macammana ko kenal dia padahal ko kan hari pertama jumpa dia”. Saifuddin pula bertanya. Macam polis dengan penjahat lar pula!
”Dia keje kat rumah aku waktu cuti” Haizal bercerita.
”Dia ada citer apa-apa tak pasal kitaorang. Sebab ko macam ada potensi mengetahui rahsia dia”. Saifuddin bertanya.Haizal mengangguk.
Pintu bilik pembedahan terbuka. Beberapa orang doktor dan jururawat keluar dari bilik pembedahan itu. Aliza disorong ke wadnya sendiri oleh beberapa orang jururawat. Seorang doktor mendekati Encik Azman.”Encik keluarga dia ker?”
”Yer. Kenapa? Anak saya selamatkah?”. Bertubi-tubi Encik Azman bertanya doktor itu. Faiqah, Hanif dan Hani mendekati mereka.
”Pembedahan berjaya dilakukan. Anak encik berjaya diselamatkan. Tetapi, dia ditahan di hospital selama beberapa hari. Encik boleh melawatnya selepas dia sedar nanti”. Doktor itu terus berlalu dari situ.
Encik Azman ceria. Akhirnya Aliza selamat. Alhamdulillah. Syukur.
ALIZA MEMBUKA MATANYA PERLAHAN-LAHAN. Dia memandang di tepi. Kelihatan Haizal tidur di sofa di wad itu. Pasti Haizal yang menjaganya malam ni. Baiknya dia. Pelik juga yer. Esokkan sekolah. Sempat ker dia bersekolah?Entahlah.
Haizal mecelikkan mata. Dia melihat Aliza sudah sedar. Yay. Dia adalah orang pertama yang Aliza nampak selepas pembedahan itu.
“Tak tido lagi?”. Haizal menanya Aliza.
Aliza menggeleng. Rasa lama benar dia tidur.” Terima kasih awak sebab awaklah,saya berani bagitau perkara sebenar. Awak tak gi sekolah ker esok?
”Sama-sama. Pergi. Kenapa?”
”Sempat ker awak pergi?”
”Sempatlah. Awak. Sebagai ganti saya kat sini, hujung minggu ni awak tunggu kat depan rumah saya. Bawa baju untuk dua hari.”
Baju?Rumah? Aku dan dia? Apasal. Semua perkara dan persoalan berlegar-legar di hatinya. Aliza pelik. “Untuk apa aku buat tu?”
“Ko harus juga!”
No comments:
Post a Comment