Sisipan dari aku.

Aku ingin berbicara tanpa bersuara,

Berkata tanpa bersemuka,

Meluahkan rasa dan idea pada orang yang sudi,

Mendengar cerita dari aku yang suka berimaginasi.

Menitip butir bicara di alam maya,

Berkarya mencurahkan idea,

Di sini aku berkarya,

Sudilah mendengar coretan adinda.

Coretan dan coretan,

Membawa diri ke alam kenyataan,

Di mana,

Alam realiti dan khayalan sangat berbeza.

Umpama langit dan bumi.

Bagaikan kucing bertanduk.

Begitulah,perbezaan dua alam,

Antara impian dan realiti!



From: Iqah Irah
Original.

Novel Kalimah Cinta

Novel Kalimah Cinta
Aliza Fariha bekerja sebagai pembantu peribadi Haizal. Mulalah bibit percintaan mereka. Namun, ketika pernikahan mereka, Aliza hilang secara tiba-tiba. Setelah empat tahun mencari Aliza, Haizal menjumpainya. Tetapi orang tersebut mengaku dia bukan Aliza Fariha tetapi Aliya Farisya. Aliya dan Haizal mula berkawan sejak kejadian itu. Pada hari pernikahan Aliya dan Haizal, Aliza muncul. Membawa pelbagai persoalan. Apakah yang berlaku seterusnya? Apakah Haizal memilih Aliza Fariha ataupun Aliya Farisya.Apakah punca Aliza menghilangkan diri?Adakah Haizal menerimanya? Saksikanlah Kalimah Cinta.

NOVEL MENCARI ERTI CINTA SEJATI

Sinopsis , (1) , (2) , (3) ,(4) ,(5)

NOVEL KALIMAH CINTA

(1) , (2) , (3) , (4) , (5)

















Monday, July 19, 2010

Novel Kalimah Cinta (bab2)


Aliza merenung Haizal dengan tajam. Perasan marah membuak-buak. Haizal menipunya hidup-hidup.”Penipu!”

 

            ”Hmm. Sapa yang tipu kau. Aku ker kau?Fikir skit. Sapa yang nak buat macam tu. Cik perasan!”.

 

            ”Uwek..yer ker aku perasan?Ko yang tipu aku”

 

            ”What?I lie to you. Cik perasan, aku takkan lakukan perkara itu dengan awak. Kau ingat aku ni jahat sangat ker?Kau tu jahat. Fikir bukan-bukan. Macamlah takda orang lain, aku nak buat benda tu!”.

 

            ”Ko cakap lagi, aku tumbuk ko. Aku ada belt hitam”

 

            ”Belt hitam? Believe it or not? No! Belt hitam untuk fesyen jer bagi awak. Bukan untuk taekwando. Kalau ko berani, mai lawan aku. Takut. Tapi, jatuh standard aku lawan ngan perempuan.”

 

            Aliza menjuihkan bibir. Tahulah dia tidak ada ilmu pertahan diri. Tapi penangan dia berbaloi juga. Menyakitkan! Jangan lar nak perli dia lebih-lebih. Aliza mematahkan jari. Berkeriut-riut bunyinya.” Malu ker takut?”

 

            ”Nak tunjuk songeh lar tu”.

 

            Aliza dan Haizal sedang bergaduh. Mari kita flashback kejadian sebelum ini. Haizal sedang belajar di perpustakaan mini. Ops. Kesilapan teknikal. Dia sedang tidur. Aliza datang memerhati. Tapi, apa yang dilihatnya adalah Haizal sedang tidur. Mereka bertegang leher sekejap. Haizal membisikkan cadangannya di telinga Aliza berbunyi begini,

 

            ”Jom, kita bermesra di tepi swimming pool. Aku pun nak tengok ko sejauh mana ko pandai dalam membuat aksi. Tak per. Tak der orang nampak.”

 

            Haizal terus melangkah pergi sambil tersenyum. Aliza mengerutkan dahi. Lalu, dia memalingkan badan. Dan, PPPAAAAP... Tangan Aliza melekap pada pipi Haizal; Merah pipi haizal meahan marah dan sakit yang bukan kepalang dibandingkan dengan ditinju. Macam sama jer rasanya. Tak ada beza. Tak sempat Haizal menahan serangan itu menggunakan ilmu pertahanan diri yang dia miliki. Terlalu pantas.

 

            Maka, mereka pun bertegang urat. Niat sebenar Haizal adalah ingin berbaik. Tapi disalah ertikan. Isy, isy. Aliza oh Aliza. Kesian Haizal. Pipinya berbekas tangan. Muka macho dah tercalar. Macho ker? Uwekk. Itu bagi Aliza Fariha. Tapi bagi perempuan lain, cair hatinya tahu tak. Tapi, sekarang tercalar dek tangan Aliza. Berbalik pada cerita tadi.

 

            ”Dah lagi tu. Malas nak bertekak. Kang cepat tua.”. Haizal ingin meleraikan pergaduhan itu.

 

            ”Ko kata aku..” Belum sempat Aliza menghabiskan kata-katanya, Haizal terus menyampuk.

 

            ”Dah lagi tuh. Jom. Kita salam tanda persahabatan.”.

 

            Haizal mendekati Aliza. Mereka bertekak dan duduk berjauhan. 2 meter jauhnya. Aliza berdiri. Haizal semakin mendekatinya. Tiba-tiba, dush. Air terpercik dari kolam renang itu. Aliza ditolak oleh Haizal ke dalam kolam renang itu. Paras air yang di tempat Aliza ditolak adalah sedalam 1.5 meter. Aliza tidak muncul di permukaan air.

 

            Haizal memanjangkan lehernya mencari kelibat Aliza di dalam air. Dia mendekatkan diri menghampiri kolam renang itu. Naya dia kalau Aliza mati. Nanti terpampang di surat khabar: Seorang remaja perempuan mati terbunuh akibat lemas. Entah Aliza pandai berenang ker tidak.

 

            Tiba-tiba sepasang tangan menolak ke dalam kolam renang. Haizal terjatuh ke dalam kolam renang. Rupa-rupanya, Aliza sudah berenang keluar dari kolam lalu menolak Haizal tanpa Haizal sedari. Aliza ketawa tak ingat dunia. Matanya langung tidak melihat Haizal. Pasti Haizal pandai berenang. Bukankah dia yang mengajaknya ke sini.

 

            Pada masa yang sama, Cik Tuti sedang membawa dulang yang di atasnya adalah gelas berisi air  untuk diminum oleh mereka berdua. Pelik juga tiba-tiba suara mereka tidak kedengaran. Bergegar satu rumah. Dan ia satu perkembangan bagi Haizal. Kerana sebelum ini, Haizal hanya mendiamkan diri. Cik Tuti meletakkan gelas itu di sebuah meja. Dia memandang Aliza yang sedang ketawa. Aliza basah kuyup.Cik Tuti mencari kelibat Haizal. Tidak ada! Cik Tuti mendekati Aliza lalu menggoncangkan lengannya. Hendak membawa Aliza ke dunia asal. Berhenti ketawalah!

 

            ”Mana Tuan Muda Haizal?”.  Untuk pengetahuan, semua pekerja di rumah ini memanggil Haizal ’tuan muda’ kecuali Aliza. Aliza berat hati hendak menyebut ’tuan muda’ terhadap Haizal. Lagipun, Puan Rufidah dan Haizal tidak kisah. Kan?Kan?Hehe.

 

            Cik Tuti pergi dari situ. Aliza mencari kelibat Haizal. Takda. Betul kata Cik Tuti. Tapi, di manakah Haizal. Tak mungkinlah Haizal di dalam....kolam? Gulp. Aliza menelan air liur. Pahit dan sakit kerongkong menelannya. Aliza terus berlari ke dalam kolam lalu terjun ke dalam. Dia berenang ke arah sekujur tubuh yang tenggelam timbul iaitu Haizal. Dengan pantas, dia menarik Haizal ke tepi kolam. Haizal lemas. Entah berapa lama dia ketawa tak ingat dunia.

 

            Haizal dibaringkan dalam keadaan telentang. Aliza memeriksa nadi. Nadi Haizal berhenti berdenyut.Aliza menekan dada Haizal. Sedikit air keluar dari mulut Haizal. Nadi kembali berdenyut. Kepala Haizal didongakkan. Saluran pernafasan dibukakan. Aliza mendekatkan telinganya di  mulut dan telinga Haizal. Tiada hembusan nafas langsung. Sah. Harus lakukan pernafasan mulut ke mulut. Aliza membuka mulut Haizal lalu menutup hidung Haizal menggunakan ibu jari dan jari telunjuk. Aliza menarik nafas dalam-dalam dan menghembuskan nafasnya ke dalam mulut Haizal. Aliza melakukan pernafasan mulut ke mulut itu beberapa kali sehingga Haizal akhirnya Haizal terbatuk-batuk dan dapat bernafas semula.

 

            ”Syukurlah kau sedar. Aku bawa kau ke bilik yer”.  Aliza gembira melihat Haizal sedar kembali..

 

            ”Pak Abii’ tolong bawa Haizal ke bilik dia.”. Sejurus Aliza memberi arahan, terus Pak Abii’ membawa Haizal ke biliknya seperti yang disuruh. Pak Abii’ yang melalui kawasan itu, terus mendekati mereka. Haizal dipapah ke biliknya.

 

            Puan Rufidah memerhati gelagat mereka. Puan Rufidah memandang Aliza,”Kenapa dengan Haizal?”.

           

            ”Dia lemas tadi, puan.”.

 

            ”Dia fobia air. Haizal tidak berani bermain di air dalam selepas kejadian itu. Dia juga murung kerana kejadian itu. Malangnya dia.”. Puan Rufidah mengeluh.

 

            “Boleh saya tahu, apakah kejadian itu?”

 

            “Err.Tak de pape.. Tukarlah baju. Kang kesejukan.” Puan Rufidah menukar topik. Tadi, dia tidak sedar tentang kelancangannya menceritakan kejadian malang yang menimpa Haizal dan keluarga ini.

 

            ”Err. Saya hendak memakai baju uniform mana? Baju ini basah”

 

           

Aliza menilik-nilik di cermin. Dia memusingkan badannya. ’Cantik juga baju ini’. Mahu sahaja Aliza berkata,”Mirror,mirror,mirror.Who is the prettiest women in the world”. Sudah pasti mukanya kelihatan. Hehe. Baju blaus ini memang sesuai digunakan ketika santai. Baju ini lain dari yang lain. Lagipun, Puan Rufidah yang menghadiahkan baju ini kepada Aliza. Baju ini kini milik mutlak Aliza. Aliza tersenyum.

 

            Aliza melihat jam tangannya. Masa menunjukkan pukul 2 petang.Waktu untuk makan tengah hari. Aliza pergi ke bilik Haizal. Dia ditugaskan untuk memanggil Haizal makan tengah hari. Aliza mengetuk pintu.”Masuk”. Aliza masuk ke dalam bilik Haizal. Haizal sedang membaca buku di sofa memalingkan muka darinya.

 

            ”Makan tengah hari sudah disediakan.”. Sopan Aliza berkata.

 

            ”Apa lagi kau nak cakap benda yang tak berfaedah?”

 

            ”Minta maaf sebab tolak awak tadi. Saya tak tahu awak ada fobia air. Lagipun saya hanya main-main saja.”

 

            “Main-main? Awak bahayakan nyawa saya! Nyawa tu main-main? Awak boleh pulangkan nyawa. Takkan. Awak ingat awak itu budak kecik ker nak main-main?”.Haizal memusingkan kepalanya. Dan ketika itulah dia melihat baju yang mempunyai 1001 kenangan menis. Haizal terus mendekati Aliza.

 

            “Napa awak pakai baju tu?”. Haizal merenung tajam. Dari kaki ke rambut.

 

            “Baju saya basah. Puan Rufidah yang berikan”.

 

            “Tanggalkan baju tu cepat.”

 

            “Apa?”

 

            “Tanggalkan baju tu cepat. Pakai baju lain. Ko pekak ker?”

 

            ”Tapi, saya tak bawa baju lain.”.

 

            “Pakai baju lain selain ini!”

 

            “Tapi….”, belum sempat Aliza menghabiskan kata-katanya, Aliza ditolak oleh Haizal. Aliza terjatuh dan terhentak almari di belakangnya.

 

            ”Sekarang, ko pergi dari sini. Hari ni, aku taknak tengok muka ko kat rumah ni.”. Haizal menjerkah Aliza. Setitis air mata jatuh dari kelopak mata Aliza. Yang lain, ditahan dari jatuh bercucuran. Berkaca mata Aliza.

 

            Aliza mengesat matanya lalu berlari menuruni tangga. Dia mengambil begnya dan keluar dari rumah itu. Dia tidak betah tinggal di situ lagi. Keputusannya muktamad. Dia akan berhenti kerja esok hari walaupun dia baru bekerja di sini selama 3 hari. Pada masa yang sama, Puan Rufidah melihat Aliza yang mengesat air mata yang menggalas begnya dan keluar dari rumah itu. Puan Rufidah pasti siapa puncanya. Bergema satu rumah apabila Puan Rufidah memanggil nama itu,”Haizal!!!!”

 

 

Aliza baring di atas katil. Hari ini dia demam. Baguslah begitu. Tak payahlah dia berjumpa dengan ’Encik pelik’ tu lagi. Menyakitkan hati betul. Geram pun ada. Dia mengeluarkan kertas yang diberi oleh Puan Rufidah beberapa hari lalu. Matanya tertumpu pada satu ayat di dalam kertas itu: Haizal mengalami hydrophobia. Gulp. Kenapalah da lupa membaca keseluruhan isi kandungan kertas itu. Menyesallah pulak. Hydrophobia adalah ketakutan pada air. Lamunannya terhenti apabila mesej diterima. Aliza membaca mesej tersebut.

 

            Semoga sihat. Maaf. Iz tak dapat melawat Aliza. Iz kat tempat lain sekarang.Jgn fikir sgt apa yg berlaku.

 

            Aliza menguntumkan senyuman. Dia menekan pad kekunci telefonnya. Menulis sesuatu. Kemudia, dia menekan butang sent. Beberapa minit selepas itu, mesejnya dibalas.

 

            Iz x  kisah sama ada Iza miskin/ kaya. Yg penting Iza baik. Iz dh tau apa yg terjadi. Ayh Iz dgn ayh Iza kn kwn.

 

            Bibir Aliza tak lekang dengan senyuman selepas Iz memesejnya. Iz atau nama penuhnya Faiz Faizi bin Faruq. Antara Faiz dan Haizal, Faiz lebih baik lagi. Lebih gentleman. Sikap, Iz lagi baik. Kesimpulannya Faiz perfect lar. Haizal?Ngee. Menyakitkan hati betul. Ada ker patut suruh aku pakai baju lain. Baju mana? Aku takda bawa baju simpanan langsung. Ngee..Dah lar dia marah aku tak tentu pasal.Tapi napa dia tak suka aku pakai baju tu yer?Pelik juga.  Lagu deringan Ungu-Cinta Dalam Hati meminta panggilan itu diangkat. Tanpa melihat nama pemanggil, Aliza terus mengangkatnya. Pastilah orang itu adalah Faiz. Yer ker?

 

            ”Assalamualaikum, Iz. Iz buat apa tu? Demam Iza dah makin elok.Terima kasih coz memahami Iza. Iza rindu Iz.”. Aliza terus bercakap.

 

            ”Waalaikumussalam...Aceceh. Rindu kat Iz.Sapa Iz tu?”

 

            Gulp..Napa dia telefon. Habislah. Ingatkan Iz tadi.”Err.Sapa ni?”

 

            ”Sampai hati ko tak ingat aku. Aku Saifuddin.Ko demam ker?Aku boleh datang melawat. Ko ngidam nak makan apa? Aku boleh bawakan. Limau?Asam?”

 

            ”Cicak kubin! Ko jangan kacau boleh tak? Nyibuk jer. Ngidam? Please! Sapa yang ngidam. Aku demam jer lah. Melawat? Sukati je lah. Tapi ko,menyakitkan hati aja.”

 

            “Ok. Fine. Dah kebah ker demam tu?”

 

            “Dah skit. Kat mana ko dapat nombor ni?”

 

            ”Ko yang bagi waktu last cuti tu kan. Haiya. Takkan tak ingat.”

 

            ”Oohh.. Yang ko tepon aku apasal?”

 

            ”Nak tanya khabar. Takkan tak bleh? Aku pun rindu kamu macam Iza rindu Iz. Hahahaha”

 

            ”Ko nak kena nih! Aku main-main jer pasal tu.”

 

            “Main-main ker takut? Takut saya....yer. Ewah.Ewah. Siap nada beromantis lagi. ”.

 

            Aliza terus menekan punat merah. Ish. Mengacau jer cicak kubin ni! Suhu aku bukan menurun tapi menaik. Kacau daun jer.  Pintu bilik Aliza diketuk.”Masuk”.

 

            ”Err. Kakak. Ada orang nak jumpa kak Iza. Dia kata nak lawat kak Iza”, Hanif bersuara.

 

            ”Sapa?” Aliza bertanya.

 

            ”Kak Faiqah kan dah janji nak lawat akak .....” Belum sempat Hani menghabiskan kata-katanya, Aliza terus bangun dari katil. Lalu dia berlari ke bawah ke ruang tamu untuk berjumpa Faiqah. Faiqah sangat baik hati. Dia menerima Aliza sebagai sahabat walaupun mengetahui keadaan Aliza yang sebenarnya. Kelibat Aliza hilang dari permandangan Hanif dan Hani. Mereka adalah adik-beradik kembar. Hani adalah adik dan Hanif adalah abang. Mereka berumur empat belas tahun.

 

            Hani menyiku abangnya. Dia mengangkat kening. Mukanya berkerut. Habislah mereka. Pasti Aliza memarahi mereka. Kerana ada seorang yang tidak dikenali di sisi Faiqah tadi. Hanif buat muka selamba sambil tersenyum. Pasti malu besar Kak Iza. Hani memasamkan muka. Orang suruh tenangkan. Bukan nak gundah-gulana lagi. Hanif terus berlari masuk biliknya. Hani mengekori Hanif. Aliza akan marah besar dan pasti mencari mereka. Pasti!

 

            Aliza berlari menuruni tangga. Kenapalah dia lupa janji dia dan Faiqah. Faiqah kan hendak melawatnya. Tudung di bilik tidak sempat dicapai. Rambutnya yang paras bahu serabai. Dia tidak sempat menyiapkan diri sebelum berjumpa Faiqah. Janji harus ditetapi dan masa harus tepat. Itulah prinsipnya. Aliza memakai baju bertali halus di bahunya. Baju itu baju tiada lengan. Seluarnya pula tiga suku. Tidak menutupi semua bahagian kaki. Kawan perempuan. Tak per. Bukankah aurat sesama perempuan Muslimah dari pusat ke lutut. Aliza tiba di ruang tamu.” Assalamualaikum Faiqah. Baik juga ko nak lawat aku.”.

 

            ”Waalaikummussalam”. Dua orang menjawab salam serentak. Aliza masih tercungap-cungap. Kepalanya memandang lantai. Orang demam pun berlari. Pirahh.. Wait! Dua suara? Dua orang? Sapa yang menjawab selain Faiqah. Aliza mengangkat muka. Oh My God! Mukanya pucat lesi. Orang itu hanya tersenyum simpul. Aliza terus berlari masuk ke dalam biliknya yang berada di tingkat atas. Langkah seribu. Malu besar! Habis lar ko nanti Hanif dan Hani! Tak cakap awal-awal! Buat kali pertamanya, auratnya terlihat oleh orang tersebut!

 

            Orang itu hanya tersenyum. Faiqah mencebik. Jahat betul Saifuddin. Tadi beria-ria nak jumpa Aliza. Malunyer Aliza. Saifuddin tersenyum simpul. First time jumpa “Miss Drama Queen” yang serabai, kusut-masai dan tak menutup aurat lak tu.

 

             Beberapa minit kemudian, seorang perempuan bertudung datang menghampiri mereka. Dia adalah Aliza. Aliza menyediakan satu alasan yang tak dapat diterima akal”Maafkan arrr.. kembar Aliza, itu Aliya sebab tadi turun tak tutup aurat..Saya tak tahu pun yang korang nak datang..”.

 

            ”Aliza oh Aliza. Ko mana ada kembar. Aliya? Sedap nama. Alasan yang tak dapat diterima pakai langsung. Cakap jer lah ko malu ngan Saifuddin.” Faiqah mengusik Aliza. Deraian ketawa meletus daripada Faiqah dan Saifuddin.

 

            ”Cicak kubin, ko tak cakap pun ko nak melawat. Faiqah, napa tak cakap Saifuddin nak datang?”

 

            ”Saifuddin yang nak ikut. Aku bagi jer. Hanif ngan Hani tak bagitau ker?”. Aliza melopong. Kena lar korang, si adik kembarku.

 

            ”Kan aku dah cakap kat tepon tadi. Tu lar, ko asyik beromantis ngan si ehem-ehem. Sampai suara aku pun tak ingat.”

 

            ”Yer..aceceh...sapa tu?Nak berahsia pulak ko Aliza. Citer lar skit”. Faiqah cuba mengorek rahsia.

 

            “Kita nak gi mana satgi? Jom gi main bowling”. Aliza mengubah topik.

 

            ”Nak ubah topik lar tu. Citer lar skit”. Faiqah tidak berputus asa.

 

            ”Tak payah jer lah. Aliza kan masih demam. Orang bertuah itu adalah .....”. Belum sempat Saifuddin menghabiskan kata-katanya, Aliza terus menyampuk.

 

            ”Saifuddin!”. Aliza memberi amaran tapi Faiqah menyalah ertikan.

 

            ”Acece...Aliza suka Saifuddin”. Faiqah mengusik Aliza. Aliza merah padam. Hendak tak hendak, Aliza terpaksa menceritakan hal sebenar.

 

 

HANIF DAN HANI MEMBUAT MUKA SEPOSEN. Aliza marah besar dengan dua budak tu. Bukannya nak beritahu dia yang Saifuddin datang. Tangan Aliza disilangkan. Gulp. Rasa pahit air liur yang ditelan oleh Hanif dan Hani. Muka Aliza bekerut.

 

            ”Napa tak bagitau ada orang datang selain Faiqah?”.

 

            ”Kami nak bagitau tapi kak Iza terus lari turun bawah.”. Hanif bersuara. Hani menyorok di belakang Hanif.

 

            ”Isy. Cakap lar awal-awal yang Cicak kubin ngan kak Faiqah tu nak datang.”

 

            ”Cicak kubin?”. Hanif dan Hani bertanya serentak. Cicak kubin? Saifuddin yang dilihat tadi gagah perkasa jer. Apasal si kak Iza ni mengubah nama lak?Sedap-sedap keluarga lelaki itu memberi nama, kakaknya pulak memberi nama lain. Haiya..

 

            ”Abang Saifuddin!”. Mulut Hanif dan Hani berbentuk ’o’ bermaksud mereka faham.

 

            ”Hehe. Kak Iza ada kawan special selain abang Iz. Nak kena bagitau ayah ni”. Hani menyakat Aliza. Serentak Hanif dan Hani menjerit,”Lari!!”.

 

            Hanif dan Hani lari ke bilik ayahnya. Aliza mencebik. Ngeee.. Komplot rupanya. Kembar, biasalah. Dan Aliza juga terpaksa lari mengekori adiknya. Tapi, adiknya tiba dahulu sebelum Aliza.Ayahnya tersenyum.

 

            ”Sudah-sudah lar tu. Hanif ngan Hani tak sengaja. Aliza pun tak dengar penjelasan diorang dulu.”

 

            ”Yah, tapi..diorang tak bagitau Iza pun.”. Aliza menjuihkan bibir.

 

            ”Kak Iza yang cau dulu. Mana sempat”. Hanif membela diri. Hani pula mengiakan Hanif.”Betul, betul, betul”.

           

            Macam upin dan ipin lar pula Hanif dengan Hani ni.Ayahnya memandang Aliza.

 

            “Bila Iza nak kerja kat situ? Kalau Iza tak suka, berhenti je lah”.

 

            ”Esok, mungkin the last day Iza keje kat situ.”. Aliza menetapkan keputusan. Muktamad!

 

            “Kak Iza, napa Kak Iza panggil lelaki yang datang melawat Kak Iza tu ..aarrr sapa nama dia, Hani? Abang tak ingat”. Hanif menggaru kepalanya. Hani pula pantas menyebut,”Cicak kubin!”

 

            Ayahnya mengerutkan muka dan pantas menjerit,”Aliza!!”.

 

            Malam itu, Aliza mendapat leteran dari ayahnya. Jikalau Saifuddin membenarkannya digelar begitu, barulah boleh. Hanif dan Hani terus berlari dari situ. Takut melihat jelingan maut yang percuma dihadiahkan kepada mereka. Selepas dileteri, Aliza masuk ke biliknya. Dia menekan pad kekunci di telefon bimbitnya berbunyi begini: Woit, aku panggil ko, Cicak kubin yer?

 

            Setelah beberapa saat kemudian, Aliza menerima sebuah mesej dari cicak kubin aka Saifuddin:

 

            Xda angin,x da ribut, pokok x tumbang. Ko, xda angin, xda mood, bleh jadi baik kat aq?Pelik ni. Boleh masuk ’Ripleys:Believe It Or Not!

 

            Aliza mencebik. Nak menyindir ler tu. Kalau si kembar tu tak beritahu ayahnya, dia tidak akan menjadi sebaik begini pada Saifuddin. Untuk Saifuddin jer tau! Faiz tak terkira. Aliza menekan butang sent. Membalas mesej Saifuddin: Pokok blh tumbang bila tiba waktunya. Kalau si cengeng tu x bagitau ayh aq, aq x hntr msj ni tau! Sakit hati jer.

 

            Mesejnya dibalas dari Saifuddin: Si Cengeng? Ko ni sume ade gelaran tersendiri.

 

            Aliza terus memberi pendapatnya sendiri: Aku kira ko bagi yer. Dah lagi, aq nk tidur. Mls nk lyn cicak kubin nih!

 

            Aliza mengambil cawan berisi air kopi. Dia memang suka minum kopi sebelum tidor. Satu mesej diterima. Air kopi yang diminum itu tersembur. Aliza mendapat satu mesej. Pasti dari Saifuddin. Kerana tadi, dia bermesej dengan Saifuddin.

 

            Good night..I misz u, Iza!

           

            Tanpa melihat nama penghantar, Aliza terus menekan pad kekunci. Pantas dia menekan butang sent, menghantar mesejnya berbunyi begini:

 

            Saifuddin, ko jgn main-main!

 

            Aliza meletakkan cawan kopi itu di atas meja di tepi katilnya. Dia terus memejamkan matanya. Dia tidur sepuas-puasnya.

 

            ”Mungkin ini memang jalan takdirku. Mengagumi tanpa dicintai. Tak mengapa bagiku. Asal kau pun bahagia dalam hidupmu. Dalam hidupmu. Telah lama kupendam perasan itu. Menunggu hatimu menyambut diriku. Tak mengapa bagiku. Cintaimu pun adalah bahagia untukku. Bahagia untukku. Ku ingin kau tahu, diriku disini menanti dirimu, Meskipun ku tunggu hingga hujung waktuku......”

 

            Lagu deringan bertajuk Ungu-Cinta Dalam Hati asyik berdering. Entah beberapa kali ia berdering, Aliza tidak tahu. Aliza terus mengangkat panggilan itu.”Assalamualaikum”

 

            ”Waalaikummussalam” .Suara Faiz kedengaran di corong telefon. Muka Aliza ceria.

 

            ”Sapa Saifuddin? Classmates kita ker?”.

 

            Aliza terkejut. Saifuddin? Apasal si mamat ni sebut nama cicak kubin itu?” Apasal tiba-tiba ko tanya soalan tu?”

 

            “Ko balas mesej aku: Saifuddin, ko jangan main-main.”

           

            Aliza tersentak kali kedua. Bila Iz bagi dia mesej?” Err. Iza tersilap sent. Sori. Iza mengantuk ni. Iza nak tidur dulu. Uaaw. Assalamualaikum.”

 

            Aliza berpura-pura mengantuk. Selepas Faiz menjawab salam, panggilan itu ditamatkan. Dia memeriksa mesej yang diterima daripada Faiz. Rupa-rupanya mesej: ‘Good night..I misz u, Iza!’  Adalah dari Faiz. Ops. Dia lupa memerhati nama penghantar. Isy. Nasib baik, dia tak tulis lebih-lebih. Menyesal Aliza tidak melihat nama penghantar. Dia juga mendapat 20 panggilan tidak dijawab daripada Faiz. Patutlar lagu Ungu- Cinta Dalam Hati asyik jer berdering. Tidur mati betul dia.

 

            Orang yang mengatuk tadi tak dapat tidur manakala orang yang tidak dapat tidur, dapat tidur lena. Faiz tidur sepuas-puasnya pada malam itu. Lagipun, dia sudah mengetahui hal sebenar. Terkejut beruk dia apabila Aliza membalas mesej itu. Ingatkan Saifuddin itu pesaing merebutkan Aliza.. Kalau beruk terkejut, rasanya dia lagi terkejut berbanding beruk itu. Kalau Saifuddin menjadi pesaingnya, pasti susah mendapatkan Aliza. Pasti!

 

 

 


No comments:

Post a Comment