Sisipan dari aku.

Aku ingin berbicara tanpa bersuara,

Berkata tanpa bersemuka,

Meluahkan rasa dan idea pada orang yang sudi,

Mendengar cerita dari aku yang suka berimaginasi.

Menitip butir bicara di alam maya,

Berkarya mencurahkan idea,

Di sini aku berkarya,

Sudilah mendengar coretan adinda.

Coretan dan coretan,

Membawa diri ke alam kenyataan,

Di mana,

Alam realiti dan khayalan sangat berbeza.

Umpama langit dan bumi.

Bagaikan kucing bertanduk.

Begitulah,perbezaan dua alam,

Antara impian dan realiti!



From: Iqah Irah
Original.

Novel Kalimah Cinta

Novel Kalimah Cinta
Aliza Fariha bekerja sebagai pembantu peribadi Haizal. Mulalah bibit percintaan mereka. Namun, ketika pernikahan mereka, Aliza hilang secara tiba-tiba. Setelah empat tahun mencari Aliza, Haizal menjumpainya. Tetapi orang tersebut mengaku dia bukan Aliza Fariha tetapi Aliya Farisya. Aliya dan Haizal mula berkawan sejak kejadian itu. Pada hari pernikahan Aliya dan Haizal, Aliza muncul. Membawa pelbagai persoalan. Apakah yang berlaku seterusnya? Apakah Haizal memilih Aliza Fariha ataupun Aliya Farisya.Apakah punca Aliza menghilangkan diri?Adakah Haizal menerimanya? Saksikanlah Kalimah Cinta.

NOVEL MENCARI ERTI CINTA SEJATI

Sinopsis , (1) , (2) , (3) ,(4) ,(5)

NOVEL KALIMAH CINTA

(1) , (2) , (3) , (4) , (5)

















Monday, July 19, 2010

Novel Kalimah Cinta (bab 5)


ALIZA DIBENARKAN PULANG KE RUMAH DUA HARI LALU. Aliza mengemas pakaian dan dimasukkan ke dalam beg. Hari ini dia harus ke rumah Haizal.Tapi ah, untuk apa? Dan menambah kepelikannya, kenapa Hani dan Hanif ikut sekali. Maksud aku, pufhg, aku tak cemburu aku tak dapat ‘berduan’ dengan dia. Buat apa aku cemburu! Dia menyakitkan hati jer! Ada aku kisah! Tapi, apasal Hani pesan pada dia jangan bawa kasut tumit tinggi, bawa baju untuk beriadah dan lain-lain lagi. Kasut tumit tinggi jantung hatiku.Cewah. Aliza mengelamun sendirian. Sekarang, dia, Hanif dan Hani menunggu Haizal di depan rumah Haizal. Ceh! Ingat Haizal tu perempuan ker, sampai nak berhias, ber... apa-apa je lah. Lambat giler tunggu mamat ni!

 

            ”Lama tunggu?”. Haizal bertanya. Dia menggalas begnya. Bertambah machonya mukanya. Ngeee!! Sukanya. Hehe. Please! Bagi Aliza, Ngee... Macam perempuan, hias lama-lama, benci, tak suka dan lain-lain lagi.

 

            “Yer lah. Ko tu siap lama giler. Ko ni perempuan ker laki?. Aliza menyindir Haizal. Benci giler dia pada Haizal!

 

            “Dah-dah! Jangan gaduh lagi. Jom masuk ke dalam kereta!”. Encik Azman memberi arahan. Semua masuk ke dalam perut kereta Serena itu. Faiz, Saifuddin dan Faiqah masuk ke dalam kereta juga. Pelik yer! Apa yang berlaku sebenarnya? Beg yang dibawa oleh mereka diletakkan di dalam bonet.

 

            Di hadapan, Encik Azman memandu kereta dan disebelahnya adalah Faiz. Oh Faiz, jantung hatiku.Aliza menjerit kecil di dalam hati. Hehe. Di barisan tengah adalah Saifuddin dan Haizal. Haizal duduk di tepi pintu. Di seat belakang pula ditempati oleh Aliza, Faiqah, Hanif dan Hani. Aliza bermonolog sendirian. Mentang-mentanglah, kamiorang pempuan. Kena duduk belakang. Hanif pula dibelakang sebab nak berkomplot dengan Hani. Isy, Aliza ni! Adik sendiri pun dipanggil kembar komplot.

 

            ”Iza tak faham. Kita nak gi mana ni?”. Aliza bertanya lagi. Tadi dia sudah bertanya pada Faiqah. Tapi, Faiqah bukan menjawab tapi berklu-klu dengannya. Ingat ni citer Blue Clues  ker?

 

            ”Iza tak tahu ker. Kan Haizal dah bagitau Iza kat hospital”. Faiz menjawab soalan Aliza. Wait! Bila, Haizal bagitau aku! Detik hati Aliza.

 

            ”Mister Weirdy tak bagitau aku pun!”. Aliza menjelaskan hal sebenar.

 

            ”Biar betul ko, Iza. Haizal dah bagitau ko. Dia cakap kat kitaorang yang dia dah kata kat ko”. Faiqah membela Haizal. Membela ke?Yer lah. Itu bagi Aliza.

 

            ”Kita nak gi camping. Kat air terjun lak tu. Yayay!”. Hani menjawab. Hah! Itu barulah jawapan sebenar. Gulp. Aliza menelan air liur yang bagaikan tersekat di kerongkong. Camping? Ada serangga, nyamuk, sejuk, ada haiwan liar dan yang lain yang difikirkan teruk oleh Aliza. Aliza tidak pernah menyukai camping!

 

            ”Ko tak bagitau aku pun, Haizal!”. Aliza memberontak.

 

            Haizal tersengih.” Aku bagitau tapi ko macam taknak dengar. Ko tengah tidur. Hehe.”.

 

            Semua ketawa kecuali Aliza. Aliza mengerutkan dahi. Haizal mengangkat tangan.

 

            ”Okay. Okay. Kalau aku cakap kita camping, ko takkan ikut kan?” Aliza mengangguk.

 

            Hani dan Hanif berbisik. Hisy. Mesti ada rancangan jahat ni! Kemudian Hanif memandang Aliza.”Kak Iza suka sapa? Abang Iz ker, Abang Saifuddin atau Abang Haizal?”.

 

            Kepala Hanif diluku oleh Aliza. Aliza menjelirkan lidah. Lekk! Faiz, Saifuddin dan Haizal terkejut tahap beruk apabila soalan yang ditanya pada Aliza dikaitkan dengan nama mereka. Hani tersengih. Sah, ada komplot lagi! Sebelum Hani membuka mulut untuk berkata, Aliza terus menyampuk.

 

            “Hisy. Korang budak kecik. Takleh tau. Tak baik!”. Aliza berselindung.

 

            ”Tak baik. Bukan jahat. Kami remaja bukan budak kecik!”. Hani pula membela dia dan Hanif yang sememangnya bersalah.

 

            Encik Azman memandang belakang sekilas,” Korang tu sudahlar tu!”.

 

            ”Kami tak sudah lagi. Kak Iza suka sapa?”. Hanif dan Hani berkata serentak. Faiz, Saifuddin dan Haizal sudah tidak sabar mengetahui jawapannya. Hehe. Ada makna ker tu?

 

            ”Cinta fana hanya sementara. Cinta Ilahi hanya pada Ilahi. Perasaan suka boleh menjadi benci. Dan benci boleh bertukar sayang. Satu hari nanti kita akan berjumpa pasangan masing-masing. Ada yang membawa kita ke Ilahi dan ada yang membawa kita jauh dari Ilahi. Setiap percintaan pasti ada cubaan. Apabila kita menyukai seseorang, pasti ada halangan yang menimpa. Ada cubaan dan halangan.  Satu hari, kita akan berjumpa dengan charming kita. Tetapi, dia kembali pada Ilahi. Sayang... Doktor boleh merawat diri orang lain tetapi mengabaikan kesihatannya. Dia melupakan dirinya tapi mengutamakan orang lain. Kerana dia, Aliza mengetahui segala rahsia. Rahsia diri yang disembunyikan. Kita harus menjadi pantai yang indah. Dan dia adalah laut yang biru. Pantai akan setia pada laut, Walaupun ombak datang menguji persetiaan itu. Silaturrahim lebih penting dari percintaan. Persaudaraan lebih penting dari segalanya. Percayalah, pelangi akan muncul selepas hujan. “. Aliza tiba-tiba meluncurkan kata-kata itu. Dia tidak tahu, bagaimanakah tiba-tiba dia menjadi sejiwang karat begitu. Kata-kata itu bukan terbit dari hati malah bukan dari otak! Aliza memejamkan mata selepas menyebut kata-kata itu.

 

            Semua orang terkejut dengan kata-kata Aliza. Faiqah yang tidur tadi terbangun kerana kejiwangan Aliza. Encik Azman memerhati dari cermin. Faiz memandang Aliza. Saifuddin dan Haizal terpaku dengan kata-kata Aliza. Hanif dan Hani terkejut dengan jawapan Aliza. Hani meggerakkan tangan di hadapan Aliza. Dan tiada respon.

 

            ”Lar. Kak Iza tidur rupanya. Cis, patut lar jiwang karat!”. Hani mencebik kerana tidak tahu jawapan siapakah Aliza suka. Semua orang ketawa kecuali Aliza yang sedang ’tidur’. Ingatkan Aliza betul-betul memaksudkannya! Tapi, mereka tertanya-tanya, mengapakah ada perkataan ’doktor’ di dalam kata-kata Aliza.Siapakah dia? Namun, semua persoalan hilang begitu sahaja selepas mereka ketahui bahawa Aliza sedang ’tidur’. Faiqah pula kembali tidur semula.

 

 

ALIZA MEMANDANG SEKELILING. Dia bagaikan di sebuah tempat yang kosong. Seperti di dalam sebuah tempat yang tiada jalan keluar dan masuk! Bukankah tadi dia berada di kereta. Ketika Hanif dan Hani menanyakan siapakah yang dia suka.

 

”Cinta fana hanya sementara. Cinta Ilahi hanya pada Ilahi. Perasaan suka boleh menjadi benci. Dan benci boleh bertukar sayang. Satu hari nanti kita akan berjumpa pasangan masing-masing. Ada yang membawa kita ke Ilahi dan ada yang membawa kita jauh dari Ilahi. Setiap percintaan pasti ada cubaan. Apabila kita menyukai seseorang, pasti ada halangan yang menimpa. Ada cubaan dan halangan.  Satu hari, kita akan berjumpa dengan charming kita. Tetapi, dia kembali pada Ilahi. Sayang... Doktor boleh merawat diri orang lain tetapi mengabaikan kesihatannya. Dia melupakan dirinya tapi mengutamakan orang lain. Kerana dia, Aliza mengetahui segala rahsia. Rahsia diri yang disembunyikan. Kita harus menjadi pantai yang indah. Dan dia adalah laut yang biru. Pantai akan setia pada laut, Walaupun ombak datang menguji persetiaan itu. Silaturrahim lebih penting dari percintaan. Persaudaraan lebih penting dari segalanya. Percayalah, pelangi akan muncul selepas hujan.” Satu suara menerjah ke telinga Aliza. Aliza memandang sekeliling. Siapakah dia? Tiada langung manusia di sini!

 

            Tiba-tiba, muncul seorang perempuan lingkungan 40 tahun di suatu sudut. Dia berlumuran darah di dalam sebuah kereta kancil. Kereta kancil itu dirempuh oleh sebuah lori. Pelik. Itu bagaikan bayangan. Kerana di sini hanyalah sebuah tempat kosong.Perempuan tersebut begitu lemah. Tiba-tiba, perempuan yang di dalam bayangan itu muncul di hadapannya. Bayangan itu masih ada!Aliza melangkah ke belakang setapak.

 

            ”Jangan takut. Saya orang baik. Awak harus tolong dia! ”. Perempuan itu berkata sambil menudingkan jari kepada

 

            ”Kenapa?”. Aliza bertanya.

 

            ”Dia adalah kembar saya. Awak telah menggunakan hati saya! Awak harus menyelamatkan dia!”.

 

            “Bagaimana awak muncul? Awak ada sihir? Ahh!”. Aliza melangkah setapak lagi ke belakang.

 

            ”Saya tidak mempunyai sihir. Awak pun. Awak sebenarnya dikurniakan suatu kelebihan oleh Allah melihat sesuatu yang bakal berlaku atau yang sedang terjadi atau yang sudah terjadi dengan izin-Nya. Tolonglah selamatkan nyawa dia.”. Perempuan itu berkata lagi.

 

            ”Awak tipu! Saya tidak mempunyai kelebihan itu!”. Aliza menjerit. Tetapi bayangan itu hilang begitu juga permpuan itu. Dan, Aliza bagaikan di dalam kereta kembali!

 

           

PELUH MEMBASAHI MUKA ALIZA. Aliza tersentak. Adakah itu realiti atau khayalan? Aliza mencubit dirinya. Sakit! Apakah itu benar-benar terjadi? Dia harus melakukan secepat mungkin untuk menyelamatkan jiwa orang itu.

 

            ”Berhentikan keta sepuluh minit lagi!”. Aliza memberi arahan.

 

            Encik Azman terkejut,” Kenapa Iza?”

 

            ”Ada kemalangan yang berlaku!”. Aliza memberitahu hal sebenar.

 

            Haizal memandang Aliza. Lalu dia melekapkan tangan pada dahi Aliza. Aliza menepisnya. Faiz cemburu.Ngee. Dah berapa kali dia sentuh Aliza. Faiqah sedang tidur lena. Begitu juga Hanif dan Hani, si kembar komplot.

 

            ”Aku sihatlah!” Aliza memberitahu Haizal.

 

            “Iza, jangan main-main.!”. Faiz bersuara.

 

            “Main-main? Saya bahayakan nyawa dia! Nyawa tu main-main? Awak boleh pulangkan nyawa. Takkan. Awak ingat saya itu budak kecik ker nak main-main?” Aliza bagaikan mengulang kata-kata Haizal.

 

            ”Okey. Kita berhenti bila lihat kemalangan!”. Encik Azman meredakan suasana. Pekena dengan Aliza ni!

 

            Beberapa minit kemudian, kemalangan berlaku di suat sudut di lebuh raya. Sebuah kereta kancil dirempuh oleh sebuah lori. Encik Azman terpaksa memberhentikan kereta demi Aliza. Aliza terus membuka pintu lalu keluar dari kereta. Dia terus berlari ke tempat kemalangan itu. Nasib baik, beberapa kereta sempat mengelak dari melanggar Aliza. Encik Azman, Haizal ,Faiz dan Saifuddin memerhatikan gelagat Aliza. Faiqah, Hanif dan Hani sedang tidur di dalam kereta. Malas hendak menganggu mereka tidur.

 

            Aliza menyelit dalam keadaan kesesakan orang ramai itu yang mengerumi kemalangan itu. Bukannya nak tolong! Jadi pemerhati jer! Pemerhati yang tak bertauliah! Aliza berusaha bersungguh-sungguh demi menyelamatkan nyawa kembar orang yang menderma hati kepadanya. Aliza berusaha mengeluarkan orang itu berdasarkan pertolongan cemas!

 

 

 

 

No comments:

Post a Comment