"Kita bertemu lagi". Manis suaranya menyapa Amira. Tetapi pahit hatinya kerana menyakitiku. Amira bermonolog sendirian. Sapa-sapa tolong! Adakah dia akan membuat sesuatu padaku? Hanya takdir yang menentukannya.
“Maaf. Tapi saya harus pergi sekarang.”. Amira terus merempuh perempuan itu tetapi perempuan itu mendepakan tangan. Amira tidak dapat pergi.
“Jangan jumpa Sara lagi. Biarlah dia hidup tenang! Tanpa awak di sisi!” Puan Misnah melantangkan suaranya.
”Makcik nak melawan takdir yang Sara kawan saya selamanya.. Sampai bila? Dan sampai bila makcik nak beritahu rahsia makcik?”. Amira memalingkan mukanya.
”Waheeda, Sara akan terluka jika dia mengetahui hal ini! Dia akan terluka! Kawan apa namanya jikalau membelakangkan kawan sendiri! Menyakiti hati kawan. Kawan makan kawan. Yer! Itulah perkataan tepat untuk ko”.
Amira memandang Puan Misnah. Tajam. Sangat tajam. Puan Misnah memandang tempat lain. Takut dengan panahan mata yang sedang marah. Amira menarik nafas dalam-dalam.” Terluka? Jap. Bukankah makcik yang melukakan hati Sara. 3 rahsia yang melukakan hatinya. Apa salah saya jikalau saya beritahu rahsia makcik. Makcik hanyalah ORANG ASING dalam hidup Sara. Makcik bukan ibu,,,,,,”
PAAPPPPPP.
Belum sempat Amira menghabiskan kata-katanya, pipi mulusnya ditampar. Darah mengalir dari celah bibir. Pipinya merah kemerahan. Menahan sakit dan MARAH! Dia hendak menolak Puan Misnah ke dalam tasik itu. Tasik bekas lombong itu. Biar dia rasa bagaimana disakiti! Tetapi, itu akan menyebabkan dia dibenci Sara aka Maisara. Kawan baiknya.Dia harus beradab sikit kerana Puan Misnah lebih tua daripadanya.
”Yer. Betul. Makcik lakukan ini semua demi kebajikan Sara, makcik dan keluarganya! Tapi, aku tak pentingkan diri macam ko! Budak sial. Yang menyialkan orang lain. Puas hati ko, kalau ko tengok Sara sedih?”
”Jap. Eda ker makcik yang pentingkan diri? Sapa makan cili, dia yang terasa pedasnya. Sara, cian dia dapat orang asing dalam hidupnya. Dijauhi dari keluarganya. Dan lebih teruk, makcik lah penyebabnya. Penyebab anak makcik bakal berkahwin dengan Sara. Makcik puas. Anak makcik bakal menderita juga Sara. Makcik hanya nak harta Sara jer kan? Kenapa sakiti hati dia? Selfish!Sapa? Saya rasa makcik tau jawapannya.”
Tangannya pantas menolak Amira ke belakang. Amira terjatuh. Sikunya cedera. Begitu juga tapak tangannya. Puan Misnah tersenyum. Gembira. Musuhnya berjaya disakiti.
”Makcik nak sembunyikan kebenaran? Kebenaran pasti akan menang. Pasti dan selamanya!”. Amira bangkit perlahan-lahan. Cis. Bajunya koyak sikit di bahagian siku. Baju kenangannya bersama Faiz Faizi. Nasib baik ada gambar. Baju baru pulak tu. Baju jenama MNG yang mahal.
“Jangan ugut aku. Kalau Sara tahu rahsia aku. Nahas ko! Ko takkan pernah berjumpa dengan Sara lagi. Kalau orang lain tahu dan tersebar. Ko dalam bahaya! Nyawa ko akan melayang. Ko bleh buat apa sahaja selain yang berkaitan dengan rahsia ni! Ini amaran aku yang terakhir! Jangan pernah cakap tentang hal ini lagi!”.
Puan Misnah terus pergi. Amira memandang Puan Misnah pergi dari situ. Malangnya. Cubalah Puan Misnah pergi dari hidupnya. Selamanya! Tapi tak mungkin! Aku pasti diburu kerana tahu rahsia besar Puan Misnah. Huh! Amira mengeluh perlahan-lahan.
. Jangan fikir lagi pasal itu. Menyemak jer dalam otak. Tapi, cian Sara dan Luqman. Mereka tidak bersalah dalam hal ini. Innoncent! Begitu juga aku. Aku tak bersalah tapi dipersalahkan. Mereka pasti marahkan aku kerana aku menyembunyikan status mereka. Yang pasti, Sara pasti akan membenci aku, Luqman serta Puan Misnah. Aduhai. Kawan baik mengkhianati kawannya yang lain. Huru-hara dibuatnya.
Amira senyap-senyap duduk di sebelah Shamil.
Shamil tidak sedar bahawa Amira sedang duduk di tepinya. Dia sedang mengelamun. Dia berasa sedikit terusik kerana dia melihat dua keping gambar di dalam buku itu. Pertama, gambar Amira bersama seorang lelaki. Lelaki itu adalah lelaki yang hampir memeluk Amira tadi. Iaitu, Luqman. Kedua, gambar Amira, lelaki itu dan seorang perempuan. Mereka kelihatan mesra di dalam gambar itu. Mengapa aku rasa sedikit tak senang hati. Cemburu...ker?
Amira memandang Shamil. Senyap. Tidak perasan langsung kehadirannya. Mengelamun? Hahaha..Tak sangka.” Mengelamun teringat sapa tuh?”
”Woi. Terkejut aku! Bila ko sampai?”. Shamil terus menanyakan soalan itu. Menutupi malu yang dia mengelamun tadi.
”3 Minit tadi. Taknaklah ganggu orang tengah angau.” Amira mengusik Shamil.
”Kalau aku angau pun, aku angau kat sorang jer. Nak tau sapa?Cuba teka”. Shamil memandang Amira sekilas.
”Hantu jembalang”.
”Hahaha. Taklah. Orang itu adalah awak, Amira”. Shamil terlepas cakap. Cepat-cepat dia menutup mulutnya. Dia suka Amira. Bukan kerana cabaran Shahril. Bukan. Dahulu benci sekarang rindu. Pewit. Caiyok!
Amira mendengar jawapan Shamil. Dia terkejut. Maaf Shamil, aku takkan menyanyangi ko kerana ko telah menyakiti hati aku. ” Kita hanya sebagai kawan. Aku tak anggap lebih daripada itu!”
”Tapi, aku nak lebih daripada itu.”
”Awak telah sakitkan hatiku. Tak mungkin lagi, aku memberi hati ini disakiti lagi!”
”Aku janji aku takkan sakiti awak lagi.”.
”Err. Awak tak gi kuliah ker? ” Amira mengubah topik.
”Tak. Nah buku awak. Esok, datang yer kat rumah saya.”. Buku milik Amira bertukar tangan.
”Ada apa?Pukul berapa?”
”Parti hari jadi saya. Start kol 8.30 malam”
”Boleh bawa kawan?”
”Boleh lar.” Shamil berharap agar Amira tidak membawa seseorang yang membuatkannya cemburu. Iaitu, kekasih Amira. Shamil oh Shamil. Amira itu single and available.
“Aku ucapkan happy for upcoming birthday”.
“Thanks. Datang yer”
No comments:
Post a Comment