Pak Seman memandang mereka. Siapa tak kenal dia? Ayah Amira Waheeda. Mesti dia mencari anak gadisnya. Pak Seman mengerutkan kening tanda marah. Sudah bersusah payah aku besarkan dia, perkara ni dia buat?
"Pakcik, Mira tadi atas pokok. Fizi pun panjat pokok tu nak tengok Mira tadi. Tiba-tiba Fizi jatuh, Fizi pun pegang tangan dia, kalau tak Fizi jatuh. Last-last. Kami berdua yang jatuh".
"Mira, awak tak apa-apa?". Hafizi menanya Amira.
Amira kaku. Dia kaget. Hendak menggerakkan bibir pun susah. Apatah lagi bercakap. Dia ingin mengeluarkan suara tentang sesuatu, tetapi rasanya macam tersekat.
"Eda?". Pak Seman mula khuatir dengan kelakuan Amira Waheeda. Kenapa dengan dia?
"Mira?". Hafizi memanggil nama Amira. Tetapi kali ini dengan lebih kuat.
Pandangan Amira semakin kabur lalu menjadi titik kecil sehinggalah, semuanya tidak kelihatan. Amira jatuh pengsan. Hafizi sempat menyambut Amira sebelum dia jatuh. Mata Hafizi tertancap pada sat makhluk berbahaya.
"Pak, Seman. Ular Tedung!". Hafizi menjuihkan bibir menunjukkan tempat itu. Pak Seman terpana. Anak dia kena gigit ular. Pak Seman menyelak sedikit seluar Amira. Kelihatan, gigitan ular tedung pada kaki Amira.
******
Amira tersedar. Dia bangun dari baringannya. Kat mana dia ni? Dia memandang sekeliling. Hafizi berada di sebelah tubir katil. Amira cuba mengingati kejadian tadi. Amira rupa-rupanya berada di hospital. Hafizi sedang tidur nyenyak di atas kerusi di sisi katil. Amira mengambil telefon bimbitnya di sisi meja. Mungkin ayanya meletakkan telefonnya di situ. Lalu dia menangkap gambar Hafizi sedang tidur. Lucu rasanya cara dia tidur. Kiranya gambar candid. Dia melihat peti masuk mesej. Ada lima mesej kesemuanya dari Shamil dan Shahril.Dia tekan butang 'delete'. Yes or No? Dia akhirnya mengubah fikiran. Dia memilih No. Kemungkinan mesej itu penting. Mesej itu ' mark as read'.
"Apa Mira tengah buat?Napa belum tidur lagi". Hafizi terbangun lalu menanya Amira.
"Belum mengantuk.Mana ayah saya?"Jawab Amira ringkas.
"Pak Seman balik rumah."
"Terima kasih yer jaga saya".
Hafizi mengangguk tanda sama-sama."Nanti awak lak yang jaga saya sakit. Saya nak tanya. Apa sebenarnya yang berlaku antara awak dengan Shamil?"
Lagu deringan 'Benci Bilang Cinta'. Telefon Amira berdering. Amira melihat nama pemanggil. Dia gugup. Itu adalah Shamil. Mata Hafizi menjeling ke arah telefon. Amira menggeleng. Dia tidak ingin menjawab panggilan itu. Hafizi cepat-cepat mengambil telefon bimbit itu lalu keluar sebentar dari wad itu. Dia mengangkat panggilan tersebut.
"Helo, Eda....". Belum sempat Shamil menghabiskan kata-katanya, Hafizi segera bercakap.
"Awak jangan ganggu Amira Waheeda lagi! Saya tidak akan maafkan awak jikalau Waheeda diapa-apakan. Jikalau Waheeda cedera berpuncanya daripada awak, nahas engkau! ".
Terus panggilan itu dimatikan. Hafizi menyemak mesej Shamil didalam peti masuk yang mungkin sudah dibaca oleh Amira. Ada tiga semuanya.
"Eda, maafkan saya. Saya harap awak maafkan saya."
"Eda, tolonglah. Balas sesuatu, sekurang-kurangnya menerima maaf daripada saya"
"Saya akan hargai awak jikalau awak pulang pada pangkuan saya"
Hafizi membaca setiap mesej daripada Shamil. Bengong yer orang. Amira adalah jenis orang yang memaafkan orang lain, tetapi dia tidak akan melupakan kejadian itu. Bagi Amira, jika dikhianati, dia tidak akan menerima orang itu semula. Hafizi menyumpah-seranah Shamil. Tetapi apakah Hafizi lupa yang dia juga mempunyai rahsia yang hanya dia sahaja tahu? Hafizi membaca pula mesej daripada Shahril.
"Wei, perempuan hodoh! U tak tau ker yang Shamil itu anak orang kaya. Senang-senang hati jer awak tampar ngan simbah air kat kepala dia. He's my best friend. Esok, U akan dapat balasannya".
"Just wait and see".
Hafizi memadam mesej daripada Shahril itu. Terlalu kasar kata-kata Shahril. Hafizi masuk ke dalam wad Amira semula. Hafizi menyerahkan telefon itu kepada Amira. Telefon jenama sony ericson bertukar tangan.
"Apa yang berlaku sebenarnya antara awak dengan Shamil?".
Amira hanya mendiamkan diri.
"Mira, tell me! You ada problem kan dengan Shamil?"
"Why you are very busybody?". Amira menjeling Hafizi.
"Coz I care about you. It's okay if you want to solve it by yourself!". Hafizi memusingkan badannya untuk bergerak ke pintu.
"Shamil mempermainkan aku. Dia hanya menerima cabaran kawan dia bukan menyukai aku! Aku simbah dia dengan air dengan penampar. Padan muka dia!".
"Mira, jika semua orang di kelas tahu hal itu. Apa yang awak akan buat? Mereka akan balas dendam pada awak".
"Alamak!". Amira menepuk dahi.
"Saya akan tetap di sisi awak walaupun senang ataupun susah."
*****
"Mana Shamil?". Suara Fatasya bergema di kelas itu. Dia memandang sekeliling. Tidak mungkin Shamil tidak datang kelas hari ini.
"Dia kena tampar ngan si Ratu Ganas. ". Shahril menjawab.
"Si Ratu Ganas?". Semua perempuan di situ bertanya serentak.
"Amira Waheeda!". Shahril saja menguatkan kata-katanya. Semua orang memandang Shahril. Terpana. Seorang gadis biasa berani menampar anak dato'?Berani gila.
Amira Waheeda tiba di hadapan kelas. Lalu dia duduk di tempat duduknya di hujung sudut belakang. Dia mengeluarkan buku lalu membacanya. Kelas bakal bermula sebentar lagi. Tiba-tiba seseorang merampas buku itu. Amira memandang ke atas. Fatasya!
"Kurang asam punye perempuan, jangan ganggu Shamil lagi!". Fatasya melantangkan suara. Semua mata tertumpu pada aksi 'percuma' pertelingkahan itu.
"What ever! Bagi balik buku novel itu.". Amira menadah tangan sebelah kanannya untuk menerima buku itu.
"Awak cari nahas dengan Shamil, bermaksud awak mencari nahas dengan aku!".
"Bleh tak bagi jer buku itu!". Amira kini mengeraskan sedikit suara. Tangannya sudah pun dihulur. Tiba-tiba Fatasya meludah pada tangan Amira lalu mengambil tangan itu ke muka Amira. Semua orang ketawa. Termasuk kawannya sendiri, Hani dan Jamilah. Fatasya mengambil botol air lalu menyimbahnya pada badan Amira. Ketawa makin kuat lagi.
Amira terus berlari keluar dari kelas itu dengan begnya. Dia merempuh bahu Shamil secara tidak sengaja. Mata Amira berkaca-kaca. Dia tidak ingin menunjukkan kelemahannya pada musuh.Shamil menyapa Amira,"Eda."
Tetapi, Eda berlalu pergi. Shamil dapat rasakan sesuatu terjadi pada Amira. Shamil melihat semua orang. Ketawa yang berderai senyap kembali. Shamil ini tegas orangnya. Mengapa dia tidak marah Amira apabila dia ditampar orang itu? Shamil melihat Fatasya memegang buku kesukaan Amira. Shamil terus mengambil buku Amira lalu mengejar Amira. Fatasya tercegang. Dia tidak sangka bakal tunangnya membuatnya begitu.
Amira berlari menuju ke tandas. Dia mengunci pintu tandas itu. Dia menangis semahu-mahunya. Sambil itu, dia mencuci kesan ludahan Fatasya. Apa salah dia?Kesalahannya hanya pada Shamil bukan Fatasya. Kawan ker lawan?Kawan apa namanya itu jika dia membuat perbuatan sedemikian seperti Hani dan Jamilah.
Dia memulas tombol pintu perlahan-lahan. Dia hanya memandang ke bawah. Dia hanya berjalan tanpa tujuan. Tiba-tiba dia melanggar sesuatu. Apabila dia mendongak ke atas, seraut wajah yang dikenalinya berada di hadapannya. Dan yang paling mengejutkan Amira, orang itu memeluknya.
Amira cepat-cepat meleraikan tangan yang tidak sempat memeluknya dengan erat. Takut menjadi fitnah. Haram menyentuh orang bukan muhrim. Pada masa yang sama, Shamil yang berada jauh dari Amira melihat kejadian itu. Shamil bagaikan terpaku atas apa yang berlaku.
No comments:
Post a Comment