Sisipan dari aku.

Aku ingin berbicara tanpa bersuara,

Berkata tanpa bersemuka,

Meluahkan rasa dan idea pada orang yang sudi,

Mendengar cerita dari aku yang suka berimaginasi.

Menitip butir bicara di alam maya,

Berkarya mencurahkan idea,

Di sini aku berkarya,

Sudilah mendengar coretan adinda.

Coretan dan coretan,

Membawa diri ke alam kenyataan,

Di mana,

Alam realiti dan khayalan sangat berbeza.

Umpama langit dan bumi.

Bagaikan kucing bertanduk.

Begitulah,perbezaan dua alam,

Antara impian dan realiti!



From: Iqah Irah
Original.

Novel Kalimah Cinta

Novel Kalimah Cinta
Aliza Fariha bekerja sebagai pembantu peribadi Haizal. Mulalah bibit percintaan mereka. Namun, ketika pernikahan mereka, Aliza hilang secara tiba-tiba. Setelah empat tahun mencari Aliza, Haizal menjumpainya. Tetapi orang tersebut mengaku dia bukan Aliza Fariha tetapi Aliya Farisya. Aliya dan Haizal mula berkawan sejak kejadian itu. Pada hari pernikahan Aliya dan Haizal, Aliza muncul. Membawa pelbagai persoalan. Apakah yang berlaku seterusnya? Apakah Haizal memilih Aliza Fariha ataupun Aliya Farisya.Apakah punca Aliza menghilangkan diri?Adakah Haizal menerimanya? Saksikanlah Kalimah Cinta.

NOVEL MENCARI ERTI CINTA SEJATI

Sinopsis , (1) , (2) , (3) ,(4) ,(5)

NOVEL KALIMAH CINTA

(1) , (2) , (3) , (4) , (5)

















Tuesday, July 13, 2010

Kalimah cinta bab 1

                             Hak cipta terpelihara. Karya asal Iqah Irah aka Nur Syafiqah Athirah.

Andailah kehidupan itu senang! Menggapai kejayaan hanya dengan petikan jari.Tanpa dugaan. Tetapi, apa namanya itu kehidupan tanpa cabaran yang berliku-liku. Aliza Fariha bersandar pada kepala katil. Susah benar untuk dia melelapkan matanya. Tidak seperti hari biasa. Dia mengerling pada jam dinding. Pukul 2 pagi. Sudah larut malam tapi matanya masih segar. Kehidupan ini seperti roda. Sentiasa berpusing. Dia masih ingat lamaran Faiz pagi tadi.

 

            ”Riha, let’s marry. I want you to be my wife. Bukan hanya seorang kawan.”

 

            Arrh! Aliza ingin menjerit. Tapi, dia takut dia dilabel sebagai penghuni tetap Hospital Tanjung Rambutan aka hospital untuk orang gila. Aliza masih remaja. Enam belas tahun, you know! Masih kecil untuk dia menjadi seorang isteri. Masih kecil. Cinta monyet. Perkataan tepat untuk mereka. Tapi, Faiz masih tidak tahu rahsianya yang sebenar. Rahsia yang hanya keluarganya sahaja yang tahu.

 

            Sebulan yang lepas, syarikat milik ayahnya bankrap. B-A-N-K-R-A-P. Aliza mengeja perkataan bankrap. Mana ada orang nak dengar. Ingat ini pertandingan mengeja ke? Aliza meraup mukanya kasar. Seperti dalam mimpi. Pasti dia akan dibuang oleh kumpulan ”The best”. Aliza lah ketua kumpulannya. Ketua! Kumpulan itu merangkumi anak orang berada. Dan ketua kumpulannya haruslah orang terkaya di sekolah itu! Tapi, bulan lepas, tittle kaya berubah menjadi miskin. M-I-S-K-I-N. Dia tidak sanggup lagi berahsia. Dahulu, Aliza seorang queen control dan drama queen. Dia mula berubah sikapnya. Kerana dia tahu menjadi seorang bawahan.

 

            “Tidurlah lagi. Malas nak fikirkan hal itu. Buat menyemak jer!”. Aliza bermonolog sendirian. Dia menutup suis lampu tidur lalu menarik selimut. Dia tidak tidur tetapi hanya memejamkan matanya!

 

*****

 

            Semua pelajar mengerumuni papan notis. Riuh-rendah dibuatnya. Langkah Aliza dipercepatkan. Tidak sabar untuk mengetahui apa berita penting di notis hiburan itu. Aliza menyelit dalam  kerumunan itu. Dia sudah berada di hadapan papan notis itu. Dia meniti setiap perkataan pada sehelai notis yang baru dilekat di papan notis itu. Dia terjatuh terduduk. Semua mata memerhatinya. Semua! Riuh-rendah tadi bertukar sunyi sepi.

 

            ”Booooooooo!!!!!”.

 

            ”Tak sedar diri!”

 

            ”Padan muka. Dulu berlagak. Kan dah kena!”

 

            Kata-kata pedas itu kedengaran di telinga Aliza. Merobak hatinya. Notis tadi berbunyi bergini:

 

            Notis dari kumpulan The Best. Keputusan muktamad. Nur Aliza Fariha binti Ismail dengan rasminya dibuang dari kumpulan ini. Serta-merta, kedudukan ketua kumpulan ditarik balik. Hal ini kerana dia seorang PENIPU. Dia bukanlah orang kaya, hanyalah orang miskin. Syarikat ayahnya muflis. Serta-merta menjadi miskin bulan lepas. Harap maklum.”

 

            Semua pelajar beredar dari tempat itu. Apa gunanya berada di situ. Loceng berbunyi 10 minit yang tadi menandakan balik. Kumpulan ’The Best’ melalui Aliza. Terdapat lima orang ahlinya selepas Aliza dikeluarkan dari kumpulan itu. Antaranya, Amira, Arianna, Lisa, Dania dan Syahirah. Syahirahlah yang menduduki takhta ketua kumpulan kerana dia menjadi penolong ketua kumpulan sewaktu Aliza masih memegang kedudukan itu.

 

            ”Oop.Loser!”. Lancar sahaja Syahirah menghinanya. Bukannya nak minta maaf kerana tersepak Aliza! Ngeee..Geramnya Aliza. Bayangan ahli kumpulan ’The Best’ hilang dari pandangan mata.

 

            ”Awak tak apa-apa?”.

 

            Aliza mendongak ke atas. Saifuddin. Apa dia buat kat sini? Hish, lupa lak aku. Pasti dia melihat notis itu. Aliza bermonolog sendirian. Dia menggeleng lemah.

 

            ”Pasti awak sedih dengan notis itu”.Tangan Saifuddin pantas merayap pada notis itu. Lalu, dia menarik kertas notis lalu mengoyaknya pada cebisan. Kemudian dia membuangnya ke tong sampah berdekatan selepas mengoyoknya.

 

            Aliza terkejut dengan tindakan drastik Saifuddin. Baiknya dia. Dulu, aku selalu panggil dia ’cicak kubin’. Sekarang, dia balas kebaikan terhadap keburukan.

 

            “Kalau, tak da sapa yang nak kawan awak. Tak per. Biar saja saya yang jadi kawan awak. Taraf kedudukan tidak penting di dunia ini. Hanya amalan yang membezakannya.”.

 

            ”Terima kasih.” Aliza menyebut perkataan ’terima kasih’? Biar betul. Sepanjang hidupnya, dia tak pernah menyebut perkataan itu. Tak pernah.

 

            ”Hehe. Kali pertama, saya dengar perkataan special dari mulut awak. Sama-sama.”

 

            ”Hish. Cicak kubin ni!Awak orang pertama tau!”.

 

            ”Yer. Saya tahu. Jom balik!”.

 

            Saifuddin menghulurkan tangan. Tangan itu disambut. Aliza bangun perlahan-lahan. Aliza tersenyum simpul. Baik betul cicak kubin ni.

 

*****

 

            “Ayah”. Mata Aliza melilau mencari bayangan ayahnya.

 

            Tiba-tiba, ‘prangg’. Bunyi cawan pecah. Aliza terus berlari masuk ke dalam bilik ayahnya. Di mana tempat cawan itu pecah.

 

            “Ayah, napa tak suruh Iza ambilkan.”. Aliza duduk di tepi katil ayahnya.

 

            ”Tak per. Ayah boleh ambil”.

 

            ”Ayah, Iza nak bekerja.”

 

            ”Tak boleh. Ayah tak benarkan!”.

 

            Aliza memandang muka ayahnya sayu. Menarik simpati. Itulah kelebihannya. Kalau mukanya sayu, pasti orang lain akan gabra dan menukar keputusannya..

 

            ”Okey. Ayah benarkan. Tapi, mestilah yang halal. Ingat itu”.

 

            Kejadian tadi tergiang-giang di memorinya. Dia duduk di di koridor. Memandang kolam renang di bawah. Bilik Aliza terletak di tingkat atas. Menghadap kolam renang. Syarikat ayah bankrap kerana berhutang dengan pihak bank. Tambahan pula, seorang pekerja melesapkan wang syarikat. Kini, dia ditangkap. Syarikat itu berhutang 10 juta. Gila. Banyak itu. Untuk melangsaikannya, 6 buah banglo dijual. Kini tinggal rumah ini sahaja sebagai tempat tinggal mereka. Ibu Aliza melarang ayahnya menjual rumah ini sebelum kematian ibunya. Syarikat ayahnya yang terkenal dan gah itu dijual. Ayahnya menghidap strok dan penyakit jantung. Aliza berharap dia dapat meringankan beban ayahnya sebanyak sedikit mencari pengalaman.

 

            Semua orang gaji diberhentikan. Tapi, Mak Cik Munah masih tidak mahu diberhentikan. Dia bekerja tanpa gaji. Terpaksa? Tidak. Makcik Munah bekerja dengan mereka kerana dahulu ayahnya pernah membiayai satu juta untuk persekolahan 5 orang anaknya. Wang itu ikhlas sebenarnya tapi Makcik Munah tetap mahu membalas budi. Kadangkala, 5 orang anaknya datang melawat. Hubungan mereka sangat akrab. Makcik Munah berbakti pada mereka sejak Aliza masih belum dilahirkan di dunia ini. Ketika itu, Makcik Munah merupakan ibu tunggal.

 

            Lamunannya terhenti. Esok, hidupnya akan berubah. Dia akan mencari kerja kosong. Sebagai pembantu ketika cuti pertengahan tahun ini. Selepas cuti ini, dia akan bekerja pada hari minggu saja. Waktunya dari pukul 8 pagi hingga 5 petang.

 

*****

            ”Pembantu?”. Puan Rufidah memandang perempuan di hadapannya dari hujung rambut hingga kepala.

 

            ”Ya puan. Waktu cuti saja. Dari pukul 8 pagi hingga 5 petang.”. Aliza mengangguk.

 

            “Err.You warganegara kan?”.

 

            Aliza menunjukkan IC nya kepada Puan Rufidah. IC itu bertukar tangan. Puan Rufidah memandang IC itu berselang seli memandang rupanya. Puan Rufidah mengerutkan mukanya. Oh lupa. Aliza menanggalkan cermin matanya. Lalu dia memakainya balik. Aliza bukanlah seorang yang rabun. Tapi, dia memakai cermin matanya kerana ingin menyembunyikan identitinya. Pandai betul Aliza menyamar.

 

            ”Okay. I terima. You akan menjadi pembantu peribadi Haizal, anak saya.” IC itu bertukar tangan. Sambungnya lagi sambil menyerahkan sepucuk kertas,”Nah, anak saya haruslah mematuhi peraturan ini untuk mendisiplinkannya. Suka hati kamu untuk lakukan bagaimana.”.

 

            Aliza mengambil kertas itu. Dia membaca isi kandungan kertas itu. Antara peraturannya adalah:

1) Haizal haruslah bangun awal. Erti kata, bangun sebelum pukul 8 pagi

2) Haizal haruslah berdisiplin.

3) Pembelajarannya haruslah bertambah baik!

Dan lain-lain lagi peraturan yang ditetapkan oleh Puan Rufidah. Aliza hanya membaca isi kandungan itu separuh. Ingat ini fakta ker yang perlu ingat? Dia melipatkan kertas itu lalu memasukkan ke dalam poketnya.

 

            ”Baik, puan.”

 

            ”Saya tunjukkan biliknya.”. Aliza mengikuti Puan Rufidah. Puan Rufidah berjalan ke tingkat atas. Lalu dia berhenti di depan sebuah bilik.

 

            ”Sekarang laksanakan tugas kamu. Kamu bekerja pada waktu cuti seperti yang kamu cadangkan. Kejutkan Haizal dalam masa 10 minit dari sekarang dengan cara apa pun. Saya tunggu di ruang tamu”. Puan Rufidah pergi ke ruang tamu. Ruang tamu itu berada di tingkat atas yan khas untuk keluarga sahaja. Ruang tamu itu berdekatan dengan bilik Haizal. Dia duduk di sofa sambil membaca sebuah majalah. Dia tersenyum simpul. Siapalah yang dapat kejutkan Haizal? Tidur mati. Kalau bom pun, entah dia jaga ker tidak?

 

            Aliza memandang pintu bilik di hadapannya. Perlahan-lahan, dia memulas tombol pintu bilik itu. Matanya tertancap pada  tubuh yang sedang berselimut. Dia memandang jam tangannya. Pukul 12 tengah hari. Ish.Ish Ish. Sejak kecil, Aliza dilarang tidur selepas Subuh. Rezeki susah dapat. Aliza  berdiri di tubir katil itu.

 

            ”Bangun”. Aliza mengoncang bahu lelaki itu. Tapi tiada respon. Aliza terus ke arah tingkap. Lalu dia menarik langsir. Langsir itu terbuka. Bilik itu terang benderang.

 

            Cahaya menembusi kelopak mata Haizal. Haizal pantas menarik bantal menutupi mukanya. Kacau daun je lah. Orang nak tidur pun tidak boleh. Detik hati Haizal. Aliza mengoncang bahu Haizal. Tapi masih seperti tadi. Tiada respon.

 

            Aliza melihat sebuah pintu yang terkuak sedikit. Bilik mandi. Aliza meluru ke dalam. Dia mengambil sebuah baldi kecil di bilik mandi itu. Dia mengisikan air sejuk ke dalam baldi itu. Aliza tersenyum simpul. Pasti berjaya! Insya-Allah. Aliza menutup pili air selepas air itu melimpah sedikit kerana terlebih diisi.

 

            Aliza mengangkat baldi itu lalu meletakkannya ke sisi katil. Perlahan-lahan dia menarik bantal dari muka Haizal. Haizal mengiring menghadapnya. ’Bersedialah engkau Haizal’. On counting of three. One, two, three. Speaking English pulak aku!

 

DUSHHHHHH!!!

 

            Haizal bangun. Satu baldi air disimbah ke arahnya. Dia melihat seorang perempuan di hadapannya yang memegang baldi kecil yang sedang tersenyum. Aneh. Puan Rufidah berdiri di hadapan pintu. Masa 10 minit baru sahaja selesai. Dia melihat Haizal yang basah kuyup. Lalu, deraian ketawa meletus.

 

            “Mom, it’s not funny”.

 

            “To me, it’s really funny”.

 

            Haizal memandang Aliza. Tajam. Apakah Aliza tidak faham? Lirikan tajam itu bermaksud kemarahannya. Tapi Aliza hanya tersenyum. Buat-buat tak faham walaupun tahu maksud tersiratnya.

 

            “Apa-apa tengok-tengok? Kang juling nanti?”, Aliza mengusik Haizal. Sepantas mungkin Haizal melarikan pandangannya.

 

            ”Sapa tengok ko?Perasan”. Kata-kata yang hanya membela dirinya walhal dia memang memandang Aliza. Dan sekali lagi, deraian ketawa meletus lagi. Cuma kali ini lebih kuat dari tadi oleh Puan Rufidah.

 

*****

 

            Buku tersemat di tangan. Tetapi, fikirannya melayang entah ke mana. Waktu cuti pun kena ulangkaji? Garang betul minah psiko ni. Susah betul PA aku ni. Haizal bermonolog sendirian. Mata Haizal semakin kuyu. Seperti ingin tertutup. Haizal menahan matanya agar tidak terkatup aka tertidur! Tahan....tahan...tahan.... Dan, zzzzzz. Haizal sudah terlelap di atas buku ulangkaji biologi.

 

            Aliza masuk ke perpustakaan mini di rumah agam itu. Di mana, tempat Haizal sedang mengulang kaji. Ops. Kesilapan teknikal. Di mana, tempat Haizal sedang membuat tahi mata. Di tangan Aliza tersemat segelas air kosong. Untuk menghilangkan dahaga untuk Haizal. Aliza masuk ke dalam bilik itu. Dia terkejut! Apa yang dilihatnya adalah Haizal sedang tertidur di atas buku biologi! Tak senonoh betul!

 

            Aliza terus menyimbah air kosong itu di belakang baju Haizal. Kalau menyimbah di atas kepala, tak pasal-pasal buku biologi itu pulak yang terkena. Pasti buku itu mahal dan bagus notanya. Cuma, si Haizal ni tak reti menghargai!

 

            Untuk pengetahuan, Aliza jenis yang panas baran dan sensitif. Pernah satu hari,di sekolah,  Aria mengutuknya. Tapi, dia tidak sedar bahawa Aliza mendengar kutukan itu. Darah menyirap ke muka. Marah! Lantas, Aliza terus menampar Aria di khalayak ramai! Sejak itu, tiada siapa yang berani mengutuknya sehinggalah notis tentangnya terpampang di papan notis, Nasib baiklah, keesokan hari itu cuti. Dan dia mengambil kesempatan untuk bekerja sebagai pembantu. Hari ini adalah hari kedua dia bekerja di sini.

 

            ”Yang ko simbah air kat baju aku tu apasal?”. Haizal memarahi Aliza. Pantang ada orang mengacaunya tidur. Sudah dua kali, Aliza berbuat demikian.

 

            “Ko tidur tu kenapa? Baca buku ker? Buat taik mata?”

 

            Aliza dan Haizal berkau-aku. Tak per. Kan sebaya. Lagipun Puan Rufidah tidak kisah dia berkau-aku dengan Haizal. Takkan nak panggil bos atau tuan pulak? S-E-B-A-Y-A. Rasa payah bila nak bergaduh kalau menggelarnya bos. Contoh ayat,”Bos tidur tu kenapa?Baca buku ker? Buat tahi mata?”. Kan rasa pelik bin janggal bila menyebut nama bos. Walhal Haizal adalah bosnya. Tapi sapa kisah? Tak sopan kalau tengah marah pastu menggelar dia ’bos’. Aliza oh Aliza. Sopan ker namanya kalau gaduh?Hisy, budak ni!

 

            ”Dua-dua. 2 in 1.”

 

            ”Banyak cantik!”

 

            ”Aku tak cantik. Aku hensem! Sebab tu ko minat kat aku. Kan?” Haizal mengangkat kening.

 

            ”Uwekk... Haktuih...Ngeee...Geli aku dengar. Jangan nak bodek aku lar!” Jari telunjuk Aliza digelengkan”

 

            ”Bosan lar. Asyik, baca,baca,.baca. Aku ada satu idea bernas nak buat apa”.

 

            “Apa, idea bernas tahap bongok kau tu?”

 

            Haizal mendekati telinga Aliza. Lalu dia memberitahu cadangannya itu secara berbisik-bisik. Aliza berubah wajah. Kelat. Takkan dia nak buat perkara demikian? Simpang malaikat 44! Dia takkan lakukan demikian! Takkan. Noktah. Tapi apakan daya dia seorang pekerja. Haruskah, dia lakukan..demikian?

 

 

No comments:

Post a Comment