Sisipan dari aku.

Aku ingin berbicara tanpa bersuara,

Berkata tanpa bersemuka,

Meluahkan rasa dan idea pada orang yang sudi,

Mendengar cerita dari aku yang suka berimaginasi.

Menitip butir bicara di alam maya,

Berkarya mencurahkan idea,

Di sini aku berkarya,

Sudilah mendengar coretan adinda.

Coretan dan coretan,

Membawa diri ke alam kenyataan,

Di mana,

Alam realiti dan khayalan sangat berbeza.

Umpama langit dan bumi.

Bagaikan kucing bertanduk.

Begitulah,perbezaan dua alam,

Antara impian dan realiti!



From: Iqah Irah
Original.

Novel Kalimah Cinta

Novel Kalimah Cinta
Aliza Fariha bekerja sebagai pembantu peribadi Haizal. Mulalah bibit percintaan mereka. Namun, ketika pernikahan mereka, Aliza hilang secara tiba-tiba. Setelah empat tahun mencari Aliza, Haizal menjumpainya. Tetapi orang tersebut mengaku dia bukan Aliza Fariha tetapi Aliya Farisya. Aliya dan Haizal mula berkawan sejak kejadian itu. Pada hari pernikahan Aliya dan Haizal, Aliza muncul. Membawa pelbagai persoalan. Apakah yang berlaku seterusnya? Apakah Haizal memilih Aliza Fariha ataupun Aliya Farisya.Apakah punca Aliza menghilangkan diri?Adakah Haizal menerimanya? Saksikanlah Kalimah Cinta.

NOVEL MENCARI ERTI CINTA SEJATI

Sinopsis , (1) , (2) , (3) ,(4) ,(5)

NOVEL KALIMAH CINTA

(1) , (2) , (3) , (4) , (5)

















Monday, June 21, 2010

Cinta sejati(sinopsis)

Sinopsis

Fahrin menghilangkan diri selepas memutuskan hubungannya dengan Alia pada hari jadi Alia iaitu 2 hari sebelum akad nikah. Hakim jatuh hati dengan Alia selepas pertemuan kali pertama.  Kawan karib Alia, Mirza tidak menyukai perhubungan abangnya, Hakim dengan Alia kerana dia menyukai Alia.Tiba-tiba, Fahrin muncul dan sering menagih cinta daripada Alia. Alia buntu, kerana Alia sudah sah menjadi isteri Hakim. Setelah beberapa bulan berkahwin dengan Alia, Hakim menjatuhkan talak kepada Alia yang baru keguguran.Alia membenci Hakim dan Mirza kerana mempermainkan perasaannya. Rupanya, Mirza adalah dalang perpisahan Alia dengan Mirza. Alia menyamar sebagai orang lain :Farhana perempuan yang digilai ramai,cantik dan kaya dan dirinya sendiri: Alia gadis yang kelam kabut dan kolot.Fahrin, Hakim dan Mirza bersaing merebut Farhana. Namun apakah yang terjadi apabila mereka mengetahui bahawa Farhana adalah Alia yang mereka mempermainkan perasaannya?Siapakah yang Alia pilih sebagai peneman hidupnya?


"Tidak ada erti cinta sejati dalam dunia yang bukan hakiki ini. Jikalau ada hanyalah sedikit. 1 hati bahagi dua bukan setengah. Ini bukan matematik tetapi soal hati. 1 hati bahagi 2 adalah menderita.". Kata-kata Alia kepada Hakim.


"Cinta itu hanya permainan. Begitulah yang engkau permainkan cinta aku, Fahrin. Berapa banyak permainan yang engkau main?Banyak." Kata-kata pada Fahrin  oleh Alia.



"Cinta. Orang itu akan berkorban agar kekasih hatinya bahagia. Tetapi, cinta apa namanya itu yang buat orang menderita. Sakit, pedih, pahit dan lain-lain lagi."Kata-kata Alia yang akhirnya terluah kepada Mirza.

Saksikanlah bab pertama pada minggu ini. Tunggu yar! 

No comments:

Post a Comment