Haizal baring di atas katil. Dia demam semenjak hari dia memarahi Aliza. Entah mengapa, Aliza seperti dekat di hati. Macam slogan TV9, dekat di hati. Cewah! Puan Rufidah menggelengkan kepala. Haizal tidak mahu makan ubat walaupun sebiji pil. Aliza pula hilang entah ke mana. Ke mana lagi? Pastilah ke rumah Aliza. Haiya! Badan Haizal semakin panas. Sudah empat hari Aliza tidak muncul.
”Assalamualaikum”. Aliza mengucap salam. Aliza terpaksa melangkah ke rumah ini lagi. Kalau tak disebabkan leteran ayahnya pasti dia takkan ke sini lagi. Hanif dan Hani pula asyik menyakatnya dengan si cicak kubin.Ngee. Lepas mereka didenda masak puding. Terus sakat-menyakat tentang Saifuddin hilang begitu saja. Apataknya, puding tak jadi langsung. Nasib baiklah, kuantiti bahan puding itu sedikit. Kalau tak, rugi. Puding yang tak cukup sedap itu terpaksa mereka habiskan. Ketawa tak henti-henti Aliza dibuatnya.
”Waalaikummussalam”. Puan Rufidah menjawab salam. Aliza terjenguk di muka pintu.”Masuklah. Arr. Kenapa Aliza tak datang empat hari ni?”
“Aliza demam. Sorilah puan. Err, puan. Hari ni hari last saya keja kat sini. Puan takyah bayar gaji pun takpa. Lagipun, saya saja jer cari pengalaman keje kat sini”.
Puan Rufidah diam sejenak. Hari terakhir? Pasti mengamuk sakan Haizal. Apataknya, setiap kali Haizal memanggil nama Aliza ketika dia demam. Soalan klise yang ditanya.’Mana Liza?’. Jenuh dia nak menjawab.” Tanyalah Haizal. Kalau Haizal bagi Aliya berhenti, bolehlah.”
Aliya terdiam. Tanya ’Encik pelik’ tu?Kenapa? Apasal pula? Tapi persoalan hanya terkubur begitu saja. Puan Rufidah membawa Aliza ke bilik Haizal.
“Haizal demam. Dia taknak makan ubat. Suruh dia makan ubat yer”. Puan Rufidah memberi arahan lalu pergi dari situ. Aliza mengangguk tanda faham. Aliza masuk ke dalam bilik itu tanpa mengetuknya terlebih dahulu.
”Haizal tak nak makan ubat. Orang kata taknak, taknaklah!”. Haizal terus memberitahu. Bantal kecil di baling ke arah pintu. Mengenai tepat ke muka Aliza. Ikutkan hati, nak saja Aliza baling bantal itu ke muka Haizal. Tapi, orang sakit. Bertambah lar sakitnya. Aliza ini bukan calang-calang orang. Dia ada skill membaling tau. Memang tepat pada sasaran. Sukati je lah . Orang demam pun orang juga kan. Tadi bantal tu melayang kat muka dia. 2 kali 5 je lah. Bantal kecil itu terus melayang ke arah muka Haizal yang berselimut itu.
”Macam budak kecik. Taknak makan ubat. Kalah adik aku. Makan ubat lar lagi”. Aliza bergerak ke meja di tepi katil itu.Aliza terus mengambil pil ubat demam dan segelas air suam lalu disuakan pada Haizal.
Haizal tersentak. Suara tu macam suara....Aliza. Rasa macam hendak nyanyi riang jer dia. Jadi kanak-kanak ribena. Hehe.. Nyanyi begini: Yay yay.Aliza datang..Yay. Yay. Tapi, tak siuman lar kalau nyanyi macam tu. Hisy. Haizal terus menjengukkan kepalanya dari berselimut. Dia memakan ubat itu tanpa ada paksaan lagi.Ajaib. Maknya menyuruhnya makan ubat selama empat hari, selama itulah dia tidak pernah menyentuh ubat malah tidak pernah menelannya.
“Hari ni the last day, aku keje kat sini.”. Aliza memberitahu niatnya. Air yang sedang diminum oleh Haizal tersembur. Sedikit lagi hampir mengena Aliza. Sedikit lagi!” Tak senonoh betul!”.
“Aku tak benarkan!” Haizal meletakkan gelas di atas meja lalu memalingkan badannya dari Aliza. Haizal menarik selimut menutupi seluruh badannya.
“Tapi, saya akan tetap dengan keputusan ini! Muktamad!”
”No! Aku tak benarkan!”
Lagu deringan dari telefon Aliza mematikan pergaduhan itu.Aliza terus mengangkat panggilan itu. ”Assalamualaikum”
”Waalaikummussalam. Iza ke hospital sekarang. Hani ngan Hanif keracunan makanan”, ayahnya di talian dengan nada cemas.
”What?Hanif ngan Hani kat hospital?Biar betul? Kan tadi diorang sakit perut jer. Hahaha.. Ayah main-main jer kan?”. Secemas-cemas ayahnya, Aliza lagi cemas. Kerana itu denda dia kepada Hani dan Hanif. Gulp.
“Ayah tak main-main. Ayah serius, Cepat ke sini hospital!”.
“Ok. Iza ker sana sekarang. Assalamualaikum”.
”Waalaikummussalam”. Terus panggilan ditamatkan.
Haizal curi-curi mendengar perbualan Aliza. Dia tidak tidur sebenarnya. Hanif dan Hani? Sapa tu?Aliza memandang Haizal yang berselimut itu.”Woit. Aku ker hospital dulu!”
”Tak bleh. Ko kena jaga aku!”. Haizal menegaskan pendiriannya.
”Gila! Adik aku tengah sakit kat hospital sebab dendaan aku kat diorang. Mampus aku kalau aku tak gi. Dah lar denda diorang sampai sakit perut lak tu.”. Aliza membantah Haizal. Aliza terus keluar dari bilik itu.
”Aku nak ikut!”.Haizal bersifat keanak-anakan.
”No! Mampus aku kalau ayah aku nampak aku bawa ko. Aku kata kat ayah aku, aku keje sebagai pembantu bukan pembantu peribadi.”.
”Aku tetap nak ikut!”
”Childish! Selfish! ’Mister Weird’, I don’t have time to play with you! I’m serious! Nanti aku datang balik lepas balik dari hospital. Tapi tu aku tak janji. Coz, aku lak yang akan didenda oleh ayah aku. Tata.”
”Minta nombor tepon ko!”. Haizal membuat permintaan.
Aliza mengambil buku nota yang berada di atas meja kecil itu. Lalu dia menulis sepuluh angka di kertas itu. Aliza terus melangkah pergi dari situ. Target point:Hospital. Habislah dia. Akan didenda dengan ayahnya. Gulp.
ENCIK AZMAN MUNDAR‑MANDIR DI HADAPAN WAD. Hanif dan Hani keracunan makanan. Apalah dendaan Aliza terhadap diorang. Pasti kerana ‘cicak kubin’ itu. Seorang doktor keluar dari wad tersebut. Tag nama ’Doktor Syahirah’ di baju itu.
”Encik, sila ke bilik saya sebentar”.
Encik Azman mengekori Doktor Syahirah ke biliknya.
”Jemput duduk”. Dr Syahirah menjemput Encik Azman duduk. Encik Azman duduk di kerusi menghadap doktor itu.
”Bagaimana keadaan anak saya doktor?”. Encik Azman yang tadi berdiam diri bertanya pada doktor itu.
”Anak encik mengalami dehidrasi terlalu teruk. Suntikan telah diberikan iaitu supositoria diberikan. Anak encik ditahan di wad sehingga esok. Apakah dia makan sesuatu yang mengandungi susu?”
”Ya. Mereka makan puding tadi”.
”Mereka keracunan makanan Stafilokokus. Makanan yang mengandung krim, susu, daging olahan dan ikan yang tercemar. Kadangkala, ia boleh menyebabkan fatal. Tapi, jangan risau. Keadaan anak encik semakin pulih”.
Encik Azman terkejut apabila mendengar perkataan ’fatal’ aka mati! ”Boleh saya melawat anak saya sekarang?”
”Silakan”.
Sejurus itu, encik Azman terus ke wad Hani dan Hanif. Di bilik tersebut mempunyai dua katil yakni untuk Hanif dan Hani. Aliza sudah berada di wad itu. Dia duduk di kerusi di tengah-tengah katil antara Hanif dan Hani.
“Macammana korang boleh sakit perut?”. Encik Azman bertanya.
”Tadi, Kak Iza suruh kami masak puding. Dia kata nak makan dan sebagai denda kami tak bleh tengok buku resipi atau merujuk sapa-sapa. Kami pun nak kenakan Kak Iza. Kami pun letak susu cair yang tarikh luputnya hari ni. Last-last, kami tersilap resipi. Tertambah benda lain. Baking powder. Kami tengok kat mana ah?Tak ingat lar.”. Hanif bercerita.
”Lepas masak, puding tu tak jadi langsung. Tetiba, Kak Iza suruh kami makan. Kami ingatkan denda kami, tak bleh makan puding yang di masak sendiri. Kami ingat resipi tu betul. Kami makan lar. Tengok-tengok. Sakit perut.”. Hani menyambung cerita abangnya.
Ketawa meletus daripada Aliza dan Encik Azman. Mana ada orang letak baking powder dalam puding. Hehe. Bangang betul kejadahnya. Kan dah kena! Padan muka! Hanif dan Hani mencebik. Kalaulah diorang tak berniat mengenakan Kak Iza. Pasti, tidak akan berlaku sebegini. Dan, kalaulah si Hani tak teringat nak letak baking powder...Isy..Isy..Korang ni.
Tombol pintu bilik dipulas perlahan-lahan. Muncullah Faiqah dan Saifuddin. Saifuddin meletakkan buah tangan di meja di tepi katil.
”Hanif ngan Hani camna? Makin elok?”. Faiqah bertanya.
”Makin elok skit”. Hani mewakili Hanif dan dirinya menjawab.
”Macammana korang bleh sakit perut lak?”. Saifuddin bertanya.
”Sebab abang Saifuddin lah, kami kena denda!”. Hani dan Hanif menjawab serentak. Saifuddin termagu. Apasal salah dia pulak.
”Kenapa?”. Saifuddin bertanya lagi.
Aliza meletakkan jari telunjuknya di bibir.Syyy..Aliza bercakap antara dengar dan tak dengar”Kalau korang cakap, Kak Iza denda korang”.
Hani menjelir lidah. Lekkkk!!Hanif pula bercerita,” Sebab...”.
Aliza menghadiahkan jelingan maut. Hanif berhenti bercerita. Hani berhenti menjelirkan lidah. Tajam sungguh jelingan itu. Menakutkan!
”Abang Saifuddin tanya Kak Iza sendiri lar.”.
Yes..Berjaya. Yuhu..Hooray. Hati Aliza melonjak keriangan apabila Hanif dan Hani tidak berani bercerita. Malu besar dia nanti. Cukuplah sekali waktu Faiqah dan Saifuddin datang melawat.
”Err. Aliza balik dulu. Assalamualaikum.”. Salamnya dijawab. Aliza menyalam ayahnya. Kemudian Aliza memberi jelingan maut kepada Hanif dan Hani, si kembar komplot.
Bibirnya terukir senyuman apabila melihat bayangan itu muncul. Hatinya melonjak keriangan. Haizal berpura-pura bangun tidur. Walhal dia tidak tidur langsung selepas Aliza pergi ke hospital tadi. Hanya tidur ayam saja.
”Dah gi hospital?”.
Aliza mengangguk mengiakan pertanyaan Haizal.
”Baguslah.”.
”Aku nak tanya skit bleh.”.
”Tanyalah ”
”Napa ko fobia air?”
”Tanya soalan lain je lah.”. Haizal berdolak-dalih.
”Tak per je lah. Aku gi kuar jap eh”. Aliza melangkah pergi. Tapi langkahnya terhenti apabila namanya dipanggil.
` ”Aliza.” Aliza duduk di kerusi menghadap Haizal.
“Dulu, aku ada seorang kembar. Nama dia Husna. Satu hari, dia ajak aku berenang kat kaki air terjun. Aku dulu pandai berenang. Tapi sejak kejadian itu, aku tak berani lagi. Aku fobia air. Dia ajak aku berenang kat tempat dalam. Aku pun ikut cadangan dia. Kami berlumba berenang. Aku berenang mendahului Husna. Tiada langsung suara dari mulutnya. Tak seperti selalu. Aku pandang ke belakang. Husna tiada langsung di belakang aku. Jarak kami berlumba adalah dua kilometer. Aku ingatkan Husna saja nak melambat-lambatkan. So, aku tunggu dan tunggu di garisan penamat. Sampailah 10 minit kemudian, aku lihat tubuh Husna timbul di permukaan air. Aku selamatkan dia. Tapi, dia dah pulang ke Ilahi.”. Haizal menyeka air matanya yang hampir menitis.
”Inalillah hi wainnahi raji’un. Maafkan aku. Aku tak tau langsung yang..”
”Tak pe”
”Napa lak ko marahkan aku minggu lepas coz pakai baju itu?”
”Sebab itu adalah baju terakhir yang dipakai oleh Husna sebelum kejadian itu.”
”Err.Sori. Nanti aku pulangkan baju tu”.
”Tak payah je lah. Ko ambil jer baju tu”.
“Terima kasih”.
“Cam ner ngan adik ko? Apa yang diorang makan sampai sakit perut. Masuk hospital lak tu”. Haizal bertanya Aliza.
Aliza menceritakan A sampai Z kisah itu. Peristiwa dia demam itu sehinggalah adik dia masuk hospital. Padan muka korang. Haizal ketawa ketika bahagian cerita ketika Faiqah dan Saifuddin datang. Tetapi nama Saifuddin tidak disebut tapi hanya disebut gelaran cicak kubin. Haizal ketawa lebih kuat lagi apabila Aliza menceritakan resipi tahap bangang ciptaan adiknya itu. Aliza berani menceritakan kisah itu kepada Haizal, tetapi tidak pada Saifuddin. Mampus kalau Saifuddin tahu kisah itu. Naya kang.
Dari ruang tamu yang khas untuk keluarga, kedengaran ketawa Haizal. Puan Rufidah tersenyum. Rindunya dia pada ketawa itu. Sudah setahun, Haizal tidak ketawa. Hanya mendiamkan diri dan mengurungkan diri di dalam bilik. Kedatangan Aliza membawa sinar kebahagiaan kepada Haizal.Dalam bilik, Haizal mendengar cerita Aliza dengan tekun. Bahagianya keluarga Aliza. Tidak seperti keluarga dia. Tapi, kesian jika disakat dengan teruk. Isy. Teruk betul dendaan Aliza.
”Jom, kita lawan berenang.” Aliza memberi cadangan. Haizal mengerutkan dahi. Tapi, dia fobia air. Bukankah dia sudah kata tadi.
”Kita harus atasi fobia tu, bukan menambahkan lagi ketakutan tu. Dulu, aku takut ....”. Aliza berhenti bersuara. Takkan dia nak kata yang dia takut sayur. Apabila dia melihat sayur, terus dia lari ketakutan. Tetapi, itu sejak dia berumur empat tahun. Ketika berumur lima tahun, dia berjaya mengatasinya.Tak ker naya kalau dia beritahu. ”Tak per je lah. Sekarang aku dapat mengatasi fobia tu. Jom.”
”Err...sekarang?”
”Yer lah!”
”Ko ni! Tak fikirkan orang langsung. Aku kan demam.”. Haizal memberi alasan. Hatinya berdoa. Harap-harap demam ni tak kebah lagi. Harap-harap demam ni tak kebah lagi.
Tangan Aliza pantas menyuakan thermometer ke dalam mulut Haizal ketika Haizal bercakap tadi. Kemudian Aliza menarik keluar thermometer itu dari mulut Haizal. Dia melihat bacaan itu.”Suhu normal. So, jomlah!”.
Gulp. Haizal menelan air liur yang pahit itu. Demamnya dah kebah. Oh, No! Mom, help me!! Dia ingin menjerit. Tapi, suaranya bagaikan tersekat di kerongkong. Harap-harap, emaknya membantah cadangan gila si Aliza ni. Amin.Amin.Amin....Kalau tak, aduh!
TAK BOLEH HARAP LANSUNG. Hampeh. Haizal mengutuk sendirian. Emaknya bukan hendak membelanya tapi menyokong idea Aliza. Ngee! Tadi Haizal dan Aliza terserempak dengan Puan Rufidah. Haizal pula membantah cadangan Aliza dengan mengatakan dia demam. Tangan Puan Rufidah melekap pada dahinya. Sejurus itu, Aliza menyokong pendapatnya dengan hujah-hujah yang kukuh. Antaranya, mengatasi fobia dan lain-lain lagi. Puan Rufidah menyokong Aliza. Dua lawan satu. Dua lar menang.
Puan Rufidah pun join sekali acara ni. Dia akan membantu Haizal melawan fobia itu. Puan Rufidah datang menghampiri mereka dengan sut renangnya. Aliza pula berbaju biasa. Dia mempunyai sut renang yang berjenama tetapi dia tidak ingin mereka menyoal selidik Aliza hingga mengetahui status keluarganya. Lagipun, Puan Rufidah dan Haizal tidak kisah dia memakai baju biasa. Nasib baiklah, dia membawa beberapa pasang pakaian di dalam beg galasnya. Untuk pengetahuan, Puan Rufidah kadangkala tidak bertudung di sesuatu kawasan. Dan kawasan itulah dilarang untuk pekerja lelaki memasukinya.Dan sesiapa yang didapati melanggarnya akan didenda dan dipecat. Hanya pekerja perempuan dibenarkan. Aliza pula bertudung.
“Err. Jom kita mulakan.”.Aliza bersuara. Haizal kelihatan kaget. Dia berlawan dengan fobia?Oh no!
Haizal dipimpin oleh Puan Rufidah dan Haizal. Mereka memegang pergelangan tangan Haizal. Ops. Kesilapan teknikal. Hanya Puan Rufidah membuat demikian. Haizal lah yang memegang pergelangan baju Aliza.
”Ok. Sekarang ko turun tangga ni masuk ke dalam swimming pool. Cepatlah!”. Aliza memberi arahan. Kasarnya bahasa! Tak per. Nak bagi pelajaran. Tapi Aliza tak sedar ker yang Puan Rufidah ada di situ. Isy.
Haizal melepaskan genggaman.Kaki Haizal melangkah satu persatu menuruni tangga itu. Akhirnya dia berani menjejak lantai kolam renang itu semenjak kejadian setahun lepas tentang Husna itu. Haizal mengerlipkan mata. Yay. Aku berjaya. Dia tak percaya dia dapat melakukannya.
Aliza dan Puan Rufidah masuk ke dalam kolam renang itu. Takut juga, tiba-tiba Haizal pengsan atau lemas atau berlaku sesuatu yang tak diingini.Puan Rufidah tersenyum. Satu pencapaian apabila Haizal berani menjejak lantai kolam renang itu.
”Kita lawan yer. Sapa yang dapat tahan nafas paling lama. Kalau tak tahan, timbul yer”. Aliza memberi arahan bagaikan dia ketua. Padahal, dia sebaliknya. Haizal dan Puan Rufidah mengangguk.
“Ok. Dalam kiraan tiga. Tiga...Dua...Satu... Mula.”.
Mereka menarik nafas dalam-dalam lalu menyelam. Setelah dua minit Puan Rufidah timbul di permukaan. Tak dapat menahan nafas lama-lama. Setelah beberapa saat Puan Rufidah timbul, Haizal juga timbul. Itulah masa paling lama dia di dalam air. Aliza tidak juga timbul-timbul. Masih di dalam air.
”Mom. Aliza tu okay ker. Dia tak timbul-timbul.”. Haizal bersuara. Dan ketika itulah Aliza timbul di permukaan.
“Ngeee. Nak ngata aku yer.”.
Puan Rufidah dan Haizal terkejut. Lama juga Aliza menyelam. Sebenarnya, ketika dia masih memegang tittle kaya, dia sering menyelam di laut. Skuba Diving lar katakan. Tapi, semenjak kemelutan ekonomi, dia tidak pernah melakukan rutinnya lagi.
”Kita lawan yer Haizal. Sapa berenang paling laju, dia menang. Kan ko kata ko menang waktu ko lawan ngan...”. Kata-kata Aliza berhenti. Hampir-hampir dia menyebut perkataan ’Husna’. Dia menekup mulutnya dengan kedua belah tangan. Puan Rufidah terkejut. Aliza sudah mengetahui tentang Husna. Biar betul? Baru lima hari Aliza bekerja di sini. Bukankah Haizal seorang perahsia. Hebat sungguh Aliza. Aliza menjatuhkan tangan dari mulut perlahan-lahan.
”Okay. Aku terima. Tapi kalau ko kalah, ko kena ikut arahan aku”.Haizal memberi syarat.
”Okay. Arahan yang BAIK saja. Kalau ko kalah, ko kena denda macam adik aku. Ko kena masak puding tanpa rujuk buku atau orang dan takda sapa bleh bantu ko. Kalau hangus ker, ko punya pasal nyer.”. Aliza pula meletakkan syaratnya. Puan Rufidah tersenyum. Haizal nak masak puding? Biar betul. Seumur hidup Haizal, Haizal tidak pernah memasak.
”Percayalah. Aku takkan jadi macam adik ko yang sakit perut sebab makan puding yang dorang buat tu sebab dendaan ko. Aku takkan keracunan makanan nyer pastu masuk hospital mengikut jejak adik ko!”. Pantang ego Haizal dicabar.
Aliza mengangkat kening.”Ko pasti? Boleh masuk Replieys: Believe it Or Not!”.
Haizal mengangguk. Puan Rufidah hampir ketawa. Cabar-mencabar antara Haizal dan Aliza memang pelik. “Aliza, tanggalkan dulu spek Aliza tu”.
Gulp. Habislah. Kalau dia tanggalkan, maksudnya dia mendedahkan identitinya. Tapi terpaksa juga dia menanggalkan cermin mata itu. Aliza meletakkan cermin mata itu di suatu tempat. Lalu dia masuk ke dalam kolam renang itu kembali. Bukannya Haizal tahu dan kenal dia pun.
Aliza dan Haizal berada di garisan permulaan. Mereka harus berulang alik dari garisan permulaan ke garisan pertengahan dan garisan permulaan tadi menjadi garisan penamat. Puan Rufidah menjadi pengadil. Terdapat beberapa orang pekerja perempuan menjadi penonton. Rugi ooh kalau tak tengok. Tengok jangan tak tengok!Hehe.
Hon dibunyikan. Aliza dan Haizal berenang dengan pantas. Pada mulanya, Haizal mendahului Aliza tetapi sebelum garisan pertengahan Aliza mendahului Haizal. Beberapa kali Haizal berjaya memotong Aliza dan di belakang Aliza. Garisan penamat semakin hampir. Sedikit lagi. Sorakan pekerja menyokong Haizal. Dan ada yang menyokong Aliza. Aliza menambahkan kelajuan begitu juga Haizal. Mereka tiba di garisan penamat. Seakan seri tetapi ada yang satu saat lebih cepat. Tetapi, tidak diketahui siapa pemenangnya.Aliza dan Haizal keluar dari kolam renang itu.
Puan Rufidah memegang stopwatch.”Pemenangnya adalah…..jeng.jeng..jeng” Puan Rufidah menambahkan kerisauan.” Aliza. Dia lebih cepat sesaat berbanding Haizal.”.
Penyokong Aliza menepuk tangan. Penyokong Haizal juga begitu.Tak sangka Aliza berjaya menandingi ‘tuan muda Haizal’. Hehe. Haizal mencebik. Habislah dia kena masak puding. Resepi pun langsung dia tak ketahui! Aliza tersenyum kegembiraan. Habislah ko, Haizal!
“Tahniah!”
“Sama-sama. Kotakan janji yeh”. Aliza mengingatkan janji Haizal.” Tahniah untuk ko jugak”.
”Untuk apa?” Haizal bertanya. Untuk apa mengucap tahniah untuk dia.Kan Aliza yang menang.
”Kan betul aku cakap. Ko bleh mengatasi fobia ko. Tapi ko takde keyakinan. Sekarang fobia ko dah hilang. Jangan biarkan masa lalu mengatasi masa depan!”. Aliza ’berceramah’ lar pulak.
”Terima kasih. Fobia aku dah hilang pula.”. Haizal tersenyum. Puan Rufidah menghampiri mereka. Lalu dia memeluk Haizal.
”Syukur fobia Haizal dah hilang.”. Kemudian Puan Rufidah melepaskan pelukan itu. Dia memandang Aliza.”Terima kasih”.
”Sama-sama. Tak sabar saya nak rasa puding ciptaan Haizal.”. Aliza tersenyum. Puan Rufidah dan Aliza ketawa. Haizal mencebik. Aduyai! Habislah ku!
HAIZAL MEMBACA DENGAN TELITI RESIPI PUDING GULA HANGUS. Nasib baiklah, Aliza memberikannya kesempatan 10 minit untuk membaca resipi. Alhamdulillah. Dia membaca cara-caranya dan ramuannya.
Ramuannya adalah: Setengah tahil agar-agar, 25 oz air, 3 dan setengah oz gula pasir, 6 dan setengah oz susu cair dicampur dengan 6 oz air sejuk dan 2 dan setengah cawan gula pasir yang dihanguskan. Cara-cara: Agar-agar dimasak bersama 25 oz air. Sementara agar-agar hancur, kacau gula dengan kuning telur bersama susu cair hingga rata. Setelah agar-agar hancur, tuangkan ke dalam adunan gula dan telur tadi dikacau perlahan-lahan diatas api yang sederhana. Masukkan pula gula hangus kemudian kacau lagi hingga cukup rata. Setelah itu, bolehlah dimasukkan ke dalam acuan dan sejukkannya.
Haizal membaca lagi dan lagi. Aliza dan Puan Rufidah muncul.
“Tretttt. Masa dah habis. Dah. Ko gi masak sekarang. Selamat mencuba. Caiyok!”. Aliza mengambil buku resepi itu. Puan Rufidah tidak sabar merasai puding itu. Aliza tersenyum. Hehe. Haizal masuk ke dapur. Pekerja lain dilarang masuk ke dapur pada waktu ini. Haizal haruslah bersendirian membuatnya.
Setelah beberapa puluh minit kemudian, Haizal muncul dari dapur. Puan Rufidah tersenyum. Pasti dia sudah masak. Aliza bangun dari kerusi.
“Dah masak dah. Cuma nak tunggu puding tu sejuk jer.”. Haizal tersenyum.
PUDING YANG DIMASAK OLEH HAIZAL DILETAKKAN DI ATAS MEJA. Puding itu sudah dibekukan. Haizal, Aliza dan Puan Rufidah mengerumi meja. Haizal memandang Aliza. Apakah hukuman seterusnya. Harap-harap, dia dapat merasainya. Pasti sedap masakan pertamanya. Haizal mengukir senyuman.
”Okay. Hukumannya, ko makanlah puding tu puas-puas. Aku baik hati tau. Kalau Puan Rufidah nak join Haizal, join lar. Tapi, biarlah saya jadi orang pertama merasainya”. Aliza terus mengambil sesudu puding yang dibuat oleh Haizal lalu memakannya sambil memejamkan mata. Dia melenggongkan kepalanya dan membuka mata. Aliza menunjukkan ibu jari.”Sedap. Ko nak ker tak nak”.
”Nak lar!”. Haizal terus mengambil puding dan sedikit kuah. Dia menuangkan kuah pada puding itu. Lalu dia menyudu puding dan kuah ke dalam mulutnya. Aliza menghadap Haizal.Bismillahhirahmanirahim. Sudu itu disuakan pada mulut.Haizal menelannya dan Haizal tersedak serta-merta. Dia memuntahkan kembali apa yang dimakannya. Haizal memandang tepat pada muka Aliza.
”Ko kata sedap!”
Aliza tersengih.” Sedap sedikit berbanding puding yang adik aku buat.Haha”.
Puan Rufidah pula merasa. Tapi, kali ini puding itu tersembur dari mulutnya. Lalu dia minum air dan mengelap mulutnya. Puan Rufidah pula ketawa mengikuti Aliza.
”Ko letak susu apa?”. Aliza bertanya.
“Susu Ducth Lady tu.”. Haizal menjawab. Aliza bertambah volume ketawanya.
“Susu Ducth Lady untuk diminum itu bukan susu cair. Enjoy your meal. Don’t be shy. Habiskanlah puding itu”. Aliza lalu berlalu dari situ.
Puan Rufidah menepuk bahu Haizal. “Tak per. Ini first time. Hmm, mummy nak ke atas yer. Enjoy your meal”.
Kelibat Puan Rufidah hilang dari pandangan Haizal. Haizal mencebik. Ngee. Dah kalah berenang, kena hafal resepi. Kemudian, masak puding. Akhirnya makan puding tak menjadi ni. Kalaulah dia tak letakkan syarat kemenangan. Aduyai. Haizal memandang puding yang dimasaknya dalam-dalam. Haruskah aku menghabiskanmu. WUAAA! Kamu tak sedap langsung. Hendak ker taknak Haizal terpaksa menghabiskan puding itu. Harus menepati janji!